BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, Ogos 11, 2009

"SINARANKU TETAP BERSINAR...NAMUN AKU MASIH LEMAH"




Salam.......

Hari ni walaupun aku sedih..aku muram...aku gagahkan jua tubuhku untuk ke pajabat demi menjalankan amanat yang telah diberikan daripada Allah. Aku menangis lagi dalam perjalanan ke pejabat..ntah nape aku ni tak boleh menahan sebak bila terdengar lagu yang boleh menyentuh perasaanku...( Nasib baikla mamat sebelah tak nampak aku menangis..kalu tak wat malu jek..dah cun pagi2 nangis lak..ehehehehe)...

Sampai opis jam 7.56 Pagi...ramai kata hari ni aku ceria dan berseri dengan pakaian muslimahku berwarna ungu bertudung biru nila..Ye memang ceria namun dalam hati Tuhan je yang tahu. Aku masuk di dalam Musolla aku berteleku di situ aku menangis sepuas hatiku, aku tak tahu kenapa aku jadi begitu tiba2 sayu hati dan teringatkan sinarku...aku keseorangan mengasingkan diri, sepuas-puasnya aku mengadu denganMu Ya Allah tengtang hatiku dan berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati, namun dicelah2 itu aku masih mengharap agar tuhan memberiku peluang apa yang ku impikan itu. Aku tidak putus asa dengan matlamatku...

Esok sepatutnya aku gembira..gembira untuk menghadiri reheasel konvokesyenku di UKM. Namun semangat aku entah kemana...nak ikutkan hati nak sahaja aku terus tenangkan fikiranku di KL.....tapi aku ada tugas yang lebih penting di Muar esok, aku akan bergegas balik dan pastikan aku sampai di Muar sebelum jam 3.00 petang dan pasti dah sampai di Muar Trade hotel untuk program staff wanita Pejabat Perpaduan. Aku tiada mood nak ceramah tiada mood untuk memperjuangkan tugasku sebagai pendakwah kerana sebelum ini semangat yang aku bekalkan adalah daripada dia dari sinarku...sekarang?....masa akan datang?.....

p/s: Kekuatan TUAH letak di dimana?..di keris ye kah?..Tapi SHALINA.. kekuatannya di mana plak ek....sinarnya telah hilang..hanya kegelapan yang ada...

0 ulasan: