BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Ogos 20, 2009

'Hanya Tinggal Kenangan'...

Belakang tuh FPI ( Fakulti Pengajian Islam )
Nampak macam buruk je kan..tapi di situlah lahirlah para ilmuan kita....





Depan DECTAR (Dewan Canselor Tun Abdul Razak)





Ala2 Model gitu...






Konvo dah habis masih bergambo lagi tuh...









Ayu je kan..ehehehehe





Salam....


Hari nih aku sedih la plak...Kali terakhir aku datang UKM, Bangi ntah bila plak aku akan masuk dalam U ni lagi..Kalau takde urusan..takde la aku kat sana tuh nanti..tunggu la anak2 aku ke yang masuk ke U tuh. Tapi tengok muka ceria je ek..tuh la aku...air muka sentiasa ceria tapi dalam hati tiada sape yang tahu...huh!!!jiwang la plak...eyaks...



Hari ni aku pulangkan jubah konvoku..sempat lagi tuh gambo wat kali terakhir kat air terjun tuh...nasib baik tak mandi terus kat situ..ahahahaha (melampau la tuh..) Aku ambil sijil & transkrip sekali huh selesai sudaaaa semuanya...


Erm..Balik Muar kul 12 tengahari terus ke opis sebab petang kene ikut Ustazah Arfah gi ceramah kat JKR Muar..Aku gi dengan kak manis seronok gak la dapat ilmu baru...


Sok planning takde ape2 kot just relex n so on la...

so ni je la aku taip penat tau jari nih...nak chat jap...ehehehehe


p/s: Nak chating dengan sape tuh?...aha?......
Dengan sape lagi..tata..titi..tutu....


' RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU '









Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitandengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktuSubuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu birumuda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensiprostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu...). Dan jangan lupa, tenaga padawaktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.)kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,qi-gong dan sebagainya.


Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariatsolat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyeraptenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2n

Wallah Hu 'alam.
P/S : Jagalah solat kita daripada menjaga tepi kain orang...

lusa puasa...






Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Bagi menyempurnakan Titah Perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertua Agong

Setelah diperkenankan oleh Duli2 yang Maha Mulia Raja2

Maka adalah dengan ini saya mengishtiharkan

Bahawa Tarikh Puasa

Bagi negeri2 seluruh Malaysia telah ditetapkan

Pada Hari Sabtu 20 Ogos tahun 2009


Ehehehehe.....macam kenal kan ayat2 tuh..

Seronok ye tiba Bulan Ramadhan...Erm..Bagi mereka yang tidak mengenal & mengerti pengisian bulan tersebut mungkin merungut kot..ala...takleh nak makan..penat la..itulaa...inilaaa....Erm...itu ayat2 orang yang suka melaknat nikmat Allah yang diberi..


Sepatutnya kita bersyukur di atas kenikmatan umur yang diberi ini masih berpeluang bernafas di dalam bulan Ramadhan al - Mubarak. Tahun ni aku bersemangat sungguh la nak sambut bulan penuh keberkatan ini..yela...masa inilah kita berebut2 untuk melakukan amal ibadah dan mohon segala permintaan kita, mudah2an Allah s.w.t makbulkan permintaan kita dan ibadah kita tuh...


Dan sekiranya jika ditakdirkan aku menghembuskan nafas yang terakhir biarlah aku diambil nyawaku dalam bulan keberkatan ini...Tapi bagilah aku peluang untuk bernafas bagi memenuhi impian dan cita2 ku dulu...Amin..


Apa nak buat dengan bulan Ramadhan?...Ya Allah...banyak mende kakak..cik abang oi yang leh buat dengan bulan ini..yela..kita buat apa2 saje amalan dengan niat untuk ibadah insyaallah kita akan dapat pahala. Tidak kiralah apa yang kita buat sekalipun kita pergi ke kedai...tidur..mandi...basuh kereta ke apa2 la yang penting niatkan untuk ibadah ok. Sesungguhnya amalan yang sunat itu akan diberikan sepertimana pahala yang wajib manakala amalan yang wajib akan diberikan pahalanya 7000 ganda. Taknak ke korang..ish2..rugi2 sape yang taknak buat ibadah tuh..


So nasihatku janganlah dipersia2 kan dengan bulan keberkatan pada tahun ini..berubahlah anda sekalian dari amalan adat dijadikan amalan ibadat. Insyaallah...
Tentang amalan2 apa nak dibuat tuh korang bolehlah serve inetrnet dan pergilah ke majlis2 ilmu..sesungguhnya sesiapa yang tergerak hatinya untuk menghadiri majlis ilmu dia adalah orang diberi hidayah dan petunjuk dan dia adalah orang2 yang berada di taman2 syurga kelak. Amin.....


p/s : Ahlan Wasahlan...Ya Ramadhan...