BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, Jun 08, 2009

DIMANA KEIKHLASAN & KEJUJURAN

Keikhlasan pentingkah dalam perhubungan?
Kejujuran pentingkah dalam persahabatan?...
Semua itu penting walaupun kita berlainan bangsa dan agama.
Tapi kenapa cirir2 penting itu tidak diprakttikan ketika saat bahagia dilalui.
Perlukah menjaga hati seseorang itu lebih baik sekiranya dia mendapat tahu yang sebenarnya di kemudian hari?
Tidak sakitkan hatikah kepada seseorang yang penuh dengan kejujuran & keikhlasan di dalam sesebuah perhubungan. Bila diajukan soalan sebegini pelbagai helah dan alasan yang direkanya. Buntu untuk buat pilihan? atau melepaskan batuk di tangga?...Dimana prinsip seseorang manusia yang berjiwa berani dan bersemangat dalam melakukan pelbagai perkara.
Kita dilahirkan di dunia ini hanyalah sementara untuk menikmati seketika saat bahagia tetapi bagaimana pula bekalan kita di alam sana? sedangkan pada masa yang sama kita telah melukakan hati ibubapa kita, kawan, rakan, teman, kekasih dan sebagainya..
Kita perlu ingat wahai manusia...bila sekali kita menyakiti hati mereka yang tidak bersalah seribu kali akan datang hati kita akan disakiti di kemudian hari. sekali kita melukai perasaan manusia, sampai bila-bila kita hilang sikap kepercayaan dari mereka. oleh itu, janganlah berpikir untuk menyelamatkan diri sendiri atau kepentingan diri sahaja. Hari ini kita bahagia hari esok?....siapa yang tahu.

alamak..pe aku nih. skema ye ayat kali ni kan...
saje jek nak jadi dak skema dan nak luahkan perasaan.
ahahahahahah.....(tengah tension nih!!!!)