BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, September 06, 2009

"Nuzul Quran VS Pelita"

VS



Nuzul Quran....penuh dengan sejarah dan itulah wahyu pertama yang telah diberikan kepada junjungan kita Rasulullah sa.w. Pada tanggal 17 Ramadhan umat islam diterangi dengan cahaya petunjuk dan hidayah yang pertama iaitu dengan 'Iqra'.





Terdengarlah aku tadi di Buletin Utama pukul 8.00malam dengan sedikit info mengenai Nuzul Quran ini. Di mana menyarankan agar semarakkan lagi semangat membaca al-Quran. Diberikan contoh Negeri Terengganu pada tahun 2005 diadakan khatam al-Quran kanak-kanak tadika lebih 1000 orang di seluruh negeri itu. Tahniah lah walaupun ianya sudah berlalu 4 tahun yang lepas.





Tetapi kita sepatutnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku itu untuk dijadikan semangat di dalam diri kita terutama dalam mendidik anak-anak kita sendiri. Entah-entah ada dikalangan kita yang sudah dewasa ini masih belum khatam al-Quran lagi..eeeiiiii......malulah sikit cik akak... en.abang...makcik..pakcik...yang masih belum khatam al-Quran lagi...anak-anak kecil kita zaman sekarang lagi cerdik daripada kita tau....





Apa yang berlaku pada umat islam sekarang terbalik pulak. Apa tak nye..dikatakan malam 17 Ramadhan ini adalah malam 7 lekor untuk kita pasang pelita di keliling rumah kita. Erm...bukan tak boleh...kalau kita menghidupkan amalan bulan Ramadhan ini dengan tadarus al-Quran takpe gak. Ni dok sibuk2 tak menyabo nak tunggu malam 7 lekor semata-mata nak pasang pelita kat keliling rumah.





Seronok tuh memanglah seronok tapi amalan2 tuh cukup ker?...Cuba2lah gi dengar ceramah kat masjid/surau mengenai nuzul quran nih..entah2 kita selama nih tak tahu apa2 apa dia tuh nuzul quran..bila anak tanya..." Tanyalah ustaz/ustazah kat sekolah adik tuh, mereka lagi tahu" patutke ibubapa bagi jawapan macam tuh...sekurang2nya ilmu tentang nuzul quran nih kita tahu sikit2 untuk kita berikan jawapan kepada anak2 kita. Taklah nampak sangat ketidakcerdikannya kan....ihihihhi jangan marah naaa...


Ermm...k lah..taknak celoteh panjang2 nanti ada yang marah..ehehehehe...
Whatever..semarakkanlah dalam kita ini dengan sentiasa membaca al-quran..





p/s: Tahniahlah kepada mereka yang bagi ceramah Nuzul Quran nanti...kita semaikan ilmu kepada masyarakat itulah saham kita di akhirat....InsyaAllah...