BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, Ogos 11, 2009

"APAKAH SINARKU RASA APA YANG KURASA"

Salammm..

Aku bagaikan tiada mood untuk menaip coretan harianku ini. Walaupun tiada siapa yang membacanya tapi..inilah ruanganku yang kuluahkan dari hati ikhlasku. Aku dah dapat kepastian yang sebenar mengenai sinarku akan bertunang dengan pilihan ibunya. Walaupun sinarku mengatakan masih dalam proses mengenal dan belum membuat keptusan tapi dalam hatiku aku sudah menganggak..sinarku pasti akan memilih pilihan ibunya. Ibu mana yang taknak anak kesayangannya hidup dalam tidak bahagia. Mungkin itu adalah kebahagian yang dipilih berbanding dengan diri aku hanya sederhana tiada harta, pangkat, darjat apatah lagi kedudukan..tapi ibubapaku selalu berpesan hanya ilmu itu sahaja yang boleh mengecapi semua itu. Namun...aku baru nak bertapak, baru nak mengecepai kebahagiaan di Hari Konvokesyenku di UKM pada 17 Ogos ni (Isnin). Namun semua itu tidak membawa kegembiraan bagiku. Aku hilang semangat..aku hilang arah..Aku ingin berkongsi dengan sinarku tentang kehidupanku walaupun kehidupanku sederhana tapi itulah kemanisan yang aku nikmati sekarang hanya seketika.

Seharian aku memencilkan diriku di mejaku, semuanya tidak menentu. Ibuku juga perasan akan perubahan sikapku yang tidak makan dan tidak tido. Aku tidak tahu nak buat macam ne lagi dengan sinarku itu...adakah dia marah kepadaku...benci dengan sikapku ataupun adakah aku yang bertepuk sebelah tangan. Arghh.....sampai sakit diri aku.

Sinarku...kenapa kau tidak berterus terang sekiranya engkau ada pilihan sendiri. Kenapa nak seksakan diri sendiri demi kebahagian orang lain..Aku tidak kisah pilihanmu siapa walaupun aku bukan pilihanmu tetapi...izinkanlah hatimu dimiliki cinta dengan cinta yang sebanar lahir dari hati..Mungkin juga itu adalah sikapmu yang akan terima apa jua keputusan ibumu...sudah semestinya itu adalah kepuutsan yang terbaik bagimu.

Namun..dikesempatan ini..ayat azimat untukmu masihku ucapkan setiap selesai solat hajat. Aku sentiasa berdoa dan memohon agar aku diterima dan diberi peluang untuk bertakhta dihatimu diberi peluang menjadi ahli keluargamu. Aku hanya berserah kepada yang Esa. Usahaku tidak akan putus selagi hatiku segar dengan cintamu.

Ya Allah Ya Tuhanku...Berikanlah hambamu ini peluang dan kesempatan di dalam seumur hidupnya agar dikurniakan nikmat yang tidak terhingga dengan keluarga yang tercinta bersama sinarku, Ya Allah...kau tunjukkanlah jalan yang mudah bagi kami untuk disatukan sekiranya itu adalah yang terbaik bagi kami, kau bukakanlah jalan dan permudahkanlah jodoh kami sekiranya dia adalah yang terbaik bagiku..Aku yakin Ya Allah dia adalah terbaik bagiku yang boleh meminpinku serta keluargaku ke arah syurgaMu yang hakiki...KAU kabulkanlah Ya Allah permintaan hambamu ini.......Amin Ya Robbal Alamin..

p/s: Wahai sinarku...engkau tetap di hatiku yang anggap sinar sentiasa menyinari hidupku walaupun hatiku sekarang disakiti.

0 ulasan: