BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, September 03, 2009

'Kelebihan membaca Al-Quran'


Salammmm semua..
hai.....
Alhamdulillah ibuku telah semakin sembuh dan telah pulang ke terataknya yang dirinduinya.
Jam 630 Petang kami selesai bertolak ke rumah dan gembiranya hati ibuku dapat meraikan berbuka puasa bersama-sama keluarga tercinta.
Aku juga merindui alam sesawangku yang sudah sekian lamanya aku tidak menulis disini, tetapi ada juga kesempatan sikit tajuk yang lepas2 aku sempat menulisnya.
Apa yang ku hendak perkatakan disini ialah aku terpikir seketika dan merenung jauh apakah nasibku di masa akan datang bila usiaku mencecah ke arah 60-80 tahun seterusnya. Itupun kalau dipanjang umur. Aku bersyukur setiap kali solat lima waktu ku tidak lupa akan merangkaikan doaku mengenai panjang umur disertakan dengan kesihatan agar aku dapat beriabah di saat2 akhir umurku nanti.
Bukan nak menceritakan keaiban orang lain tapi itulah hakikatnya. Amalan yang soleh itulah yang melindungi diri kita daripada berlaku yang tidak disenangi kelak. Apa yang kukatakan ini jadilah sebagai iktibar bukan sebagai bahan ketawa walaupun kadang2 membuatkan aku tersenyum melihatnya.
Selama aku berada 5 hari menemani ibuku yang terlantar sakit di HPSF ( Hospital Pakar Sultanah Fatimah ) Muar, adalah seorang nenek tua yang dalam lingkungan umurnya 60-70an diletakkan bersebelahan kanan ibuku. Pikiranku ternyata benar bukannya prasangka buruk tapi itulah hakikatnya. Nenek itu agak sudah lupa ingatan. kenapa aku berkata begitu?...sepanjang dia berada di situ, DUIT itulah yang ditanyakan selalu dan diperkatakan seorang diri. Dah tua2 nak wat apa lagi cerita atau pikir mengenai duniawi?...Pantang diambil beg bajunya mesti dikatakan mereka itu hendak mengambil hartanya...masya Allah....
Aku beristighfar melihat keletahnya seolah seperti kanak-kanak yang merapu perkataannya. Duit..duit..duit...itulah diperkatakan. Minta2 dijauhkan. Aku teringat seketika daripada ceramah seorang ustaz, barangsiapa dirinya taknak nyayuk @ lupa ingatan semasa hayatnya di usia emas hendaklah di masa mudanya memperbanyakkan membaca al-quran dan jadikanlah ini sebagai amalan seharian yang rutin bagi kita. biarlah amalan ini beristiqomah walaupun sedikit yang kita lakukannya. Itu adalah lebih baik berbanding banyak amalan yang kita lakukan tetapi sekadar menunjuk2 dan tidak berterusan.
Oklah...itu ajelah yang kudapat beri pengajaran kepada kalian.
Erm..terima kasih kepada semua doktor2 yang merawat ibuku yang bertimbang rasa di atas segalanya.
Dr. Aloysius (susah nak sebut) , Dr. Nurul( seorang yang susah nak senyum), Dr. Hoo( Dr.pakar semua Dr. takot dengannya & tegas), Dr. Aron( macam hero hindustan & kacak & smart), Dr.Saiful ( Dr. Muda & baru posting) & dan Dr. Mohd Hood ( Dr. praktikal Manipal Collage Melaka yang paling hensem yang suka sangat2 merawat ibuku) ihihiihihi.....Nasib baik umur dia bawah aku kalau tak....selamat...ahahahahah....
p/s: Terima kasih kepada sinarku sentiasa mengambil berat tengtang ibuku dan juga aku...

' Hati ini akan sepi'









Cinta mengajarku setia
Cinta mengajarku kebahagiaan
Cinta mengenalkanku ketenangan
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Aku merasa tenteram
Seakan-akan sinar menyelubungiku
Menjadikan kehidupanku seindah matahari
Cintamu yang kau taburkan
Kasih sayang yang kau hulurkan
Dalam hatiku
Hanyalah sementara
Sementara dikau masih bersinar dihatiku
Aku tahu
Kau jua merasai hembusan ini
Namun kita merahsiakannya demi dia
Apa yang pasti
Tuhan Maha mengetahui segala isi hati kita
Biarlah masa yang tentukan
Adakah kita punya kesempatan
Dan pastinya aku akan sepi
Sepi dengan kehilanganmu
Sebagai sinarku
Dan pastinya aku akan sepi
Sepi dengan semangatmu
Sebagai inspirasiku
Dan pastinya
Aku akan sepi....
P/S ; Apasal lak nih....uwaaaaa rindu sebenarnya...