BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Ogos 06, 2009

"SINARKU"....


Salam...

Erm...apakah yang sedang dibuat oleh sinarku sekarang ek?
Ish aku ni dah nape? Angau dah ke ni?...ehehheehe

Sejak2 ni aku dengan sinarku semakin intim dan saling berhubung. Bagaikan tidak boleh dipisahkan lagi pasti sehari hendak berhubung walaupun di alam sesawang ataupun sms. Hatiku begitu mekar dengan sinarku itu. Adakah dia merasakan yang sama apa yang aku rasa. Taspi aku rasa dia tak rasa apa yang aku rasa...yelaa sinarku itu lurus orangnya...senang kata skema la eheheh tapi baik hati sangat2 la. Kadang2 geram jugak dengan sikap dia yang wat macam taj tau jek perasaanku kepadanya.

Entahlaa...mungkin dia memang dilahirkan sudah begitu so, sebagai hamba Allah yang beriman kenelah terimalah seadanya apa kelemahan yang dia ada mana ada manusia di duania perfect betul tak? ini pun aku dah bersyukur aku dah jumpa insan yang paling the best dalam hidupku. pergh..ni kalu dia terbaca blog aku ni mati aku, puji beriye2 nih. ehehehe. Mau kang tak muat seluar dalam dia ahahaha..Astaghfirullahal azim..

Tapi...aku rasa mungkin sikit2 Allah dah makbulkan doaku itu kut. Tapi selagi belum kepastian yang kudapat aku akan terus berusaha dan berjuang untuk mendapatkan hati sinarku itu. Cayalah...tak padan aku ni...ehehehe

Apa2 pun..doakanlah aku dengan sinarku diberi kesempatan untuk hidup bersama sehingga ke akhir hayat kami sebagai pasangan yang bahagia dengan zuriat yang soleh & solehah..Amin..

p/s: walaupun ianya belum pasti namun kita mesti ada matlamat dan usaha untuk mendapatkan apa yang kita impikan itu....

"HIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN"

Assalamualaikum semua kekawan...

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas pada hari ini tanggal 15 Nisfu Syaaban 1430H.

Ermm...macam ne hari ade yang berpuasa sunat tak? Kalau kita sedang membuatnya Alhamdulillah mana yang tidak tuh mungkin ada keuzurannya dan kita leh sambut Nisfu Syaaban pada tahun depan..Insyaalah..

Apa yang penting disini ialah bagaimanakah kita menyambutnya Nisfu Syaaban ini dengan penuh penghormatan. Kita imbas kembali apakah sejarah Nisfu Syaaban ni. Dari erti kata lain..Syaaban ni bermaksud bercerai..atau berpecah. Maksud ada macam2 dari beberapa ulamak. Ada yang mengatakan bahawa Bulan Rejab dan Bulan Ramadhan terpisahnya dengan adanya bulan Syaaban.

Bulan Syaaban ini juga ada peristiwanya sendiri contohnya... berlaku perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram di Mekah. selain daripada itu berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu berlaku pada hari Isnin hari kedua bulan Syaaban tahun ke 5 hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 orang tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: " Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit".

Dinyatakan oleh Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Antara solat blima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam Nisfu Syaaban dan pada malam pertengahan Syaaban dan pada malam raya iaitu hari raya Aidilfitri & Aidiladha".

Jadi...sama2 la kita menghayati malam Nisfu Syaaban ini dan membuat amalan2 yang baik. lagipun ini adalah pintu gerbang untuk kita melangkah ke Bulan Ramadhan tidak lama lagi...