BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Julai 30, 2009

"KITA MERASA SUSAH? ADA LAGI YANG SUSAH DARI KITA"







Asslamualaikum semua...



Kita hidup sekarang ini memang duit itu adalah yang paling utama sekali dalam kehidupan tidak sepertimana zaman mak ayah kita yang boleh hidup dengan makan pucuk2 daun dan ubi kayu sahaja. Tetapi zaman sekarang nih kalau kita tidak mencari duit dengan kerja yang rajin memanglah kita akan hidup melarat dan ilmu itu adalah kepentingan juga. Tidak kiralah ilmu menukang ke, peruabatan ke memasak ke dan apa sahaja lah asalkan ianya halal disisi syarakkan.






Aku tersentuh seketika apabila hari ini aku ada mengikuti program "Tautan Kasih Jalinan Muhibbah" yang diadakan di Masjid Sungai Balang dengan acara Perasmiannya disampaikan oleh Y.B Dato' Hjh. Robiah Binti Dato' Hj. Kosai. Apa yang memilukan hatiku ialah sebelah petangnya ada aku terlibat dengan acara "ziarah kasih". Program ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang terpilih disetiap kawasan yang telah ditentukan. Aku dengan 2 orang lagi rakan sekerjaku dan diiiringi Ketua Kampung Pekan Baru dan Parit Bugis menziarahi keluarga yang kami ingin temui.






Aku terdiam seketika apabila sampai sahaja diperkarangan rumah yang hendak dikatakan belum sempurna sepenuhnya itu adalah rumah keluarga yang kami hendak hulurkan bantuan. Sedih aku melihatnya. Dengan keluasan yang hanya memuatkan beberapa orang sahaja didiami dan penuh dengan barang2 keperluan rumah yang tidak terurus aku berasa bersyukur kerana kesusahan yang kutanggung rupanya masih ada lagi insan yang hidup lagi susah daripadaku.






Namun, kadang2 kita tak sedar akan kesilapan kita yang tak pernah mengenal erti syukur kepadaNya yang Maha Esa diatas apa yang telah dikurniakan ke atasnya. Aku memang tidak banyak berkata-kata cuma bertanyakan khabar dan mengetahui situasi sebenar bagaimana keadaan keluarga tersebut yang didiami oleh 3 orang wanita. Seorang ibu yang sudah tua dan 2 orang anak dara yang sudah lanjut usianya masih tidak berkahwin dan kesemuanya mengidapa penyakit yang berlainan. Suasana ruamh tersebut memanglah tidak selesa dan merimaskan pemandangan bagi sesiapa yang sudah biasa hidup dengan kemewahan namun hatiku berasa kesian dan aku bersyukur dapat menghulurkan bantuan sebagaimana yang aku mampu.






erm...ni jelah yang dapat aku kongsikan bersama-sama kalian semua agar apa yang kita hadapi sekarang ni kita bersyukur dan tahu menghargainya dengan cara yang betul.






p/s: Susah2 dahulu senang2 kemudian...