BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, April 02, 2009

sahabat dakwah

assalamualaikum.....
mmm....penat ye hari ni..baru jek lepas balik program ni.
penat2 pun dah tugaskan kenela turun padang juga.

hari ni sebenar yea de Majlis Pelancaran Sahabat Dakwah Peringkat Negeri Johor.
Tengku Zarith Sofiah datang tuh merasmikan majlis ni..cun ye dia.... berbaju biru songket biru muda..bertudungkan biru tua...lip lap lip lap lagi...pehhh comel laaa kalah ct nurhaliza.

apa itu SAHABAT DAKWAH?

korang nak tau ek?...sahabat dakwah tuh lebih kurang di panggil SUKARELAWAN la...
tugasye adalah memudahkan masyarakat islam dalam segala hal ehwal islam. tapi yang paling nyata yang sekarang kami lakukan adalah dihospital2 bagi melawat pesakit2 yang tidak mempunyai saudara-mara, selain dari itu kami akan membantu setakat mana yang kami mampu dalam segala hal yang kami boleh lakukan.

selain dari itu, kami juga akan melawat ke pusat pemulihan akhlak, penjara, rumah kebajikan dsb yeee...kami wat ape kat sana?.... haaa....kami akan memberikan sedikit program mengenai asas fardhu ain, mengajar kefahaman islam, dan macam2 program lagi la. best tau...

bukan ape, bila lagi kita nak tolong orang yang memerlukan tenaga kita untuk dibantu. memgla takde gaji atau upah tapi korang ingat upah &ganjaran yang paling besar kita akan dapat di akhirat nnti yang paling penting. masa tu lah kita takde sape2 nak tolong tau hanya amalan kita sajelah yang dapat membantu... haaaaa kan dah kene tazkirah ni....ehehehehhe

k la kawan2...walaupun korang tak dapat pengtauliahan SAHABAT DAKWAH ni korang pun leh wat macam kitaorg ni dan itu adalah lebih baik....

"bertolong2 lah kamu di dalam perkara kebajikan, dan janganlah kamu bertolong2 an dalam perkara keburukan"....al-quran..