BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Ogos 13, 2009

"LEGANYA...walaupun penat sangat2"



Salam....

Aduss...penatnya badan aku hari nihh...letih sangat2. Tapi demi minatku pada IT ni aku gagahkan juga untuk membulatkan mataku ini menaip dan menelek apa yang terbaru pada hari nih.
Mana la tak penatnya..sampai jek kat UKM jem gilest2 babas dak2 nak g raptai konvo..pening aku dibuatnya duk lama2 dan lenguh kakiku macam nak jem juga jek nasib baik sampai juga. Siap kul 10.45pg aku terus pecut balik Muar sebab nak kejarkan ceramah..terperanjat giler diorang aku drive 2 jam jek..ehehehe ustazah rempit nih..
Apa citer dengan raptai...erm..so far..so goodla..aik! Macam takde mood jek nak konvo isnin ni. Memangpun..ade ke patut konvo tahun ni kumpulan kior UKM leh nyayi lagu tajuknya ' AKU BUKAN BUATMU' adus...macam nak menangis dengar lagu tuh nanti ade juga aku naik pentas nanti dengan linangan air mata...ehehehe Tak patut betul la kumpulan kior ni macam tahu jek aku tengah sedih. Tak pelik ke tajuk lagu tuh? Apa kene mengena ek dengan konvokesyen tuh..
Tapi apa2 pun aku akan rasa gembira juga nanti sekiranya hatiku sentiasa disirami oleh sinaran yang ku nantikan setiap hari. Dan sudah semestinya aku akan menceriakan kedua wajah ibubapaku yang tercinta. Pasti mereka gembira melihat puterinya berjaya dengan cita2 yang dimpikan.

Erm..Hah ape citer lak dengan ceramah kat Pejabat Perpaduan tuh..
Ahahahahaha...lawak sungguh la hari ni..
Aku dengan rakanku (k.Manis) pergilah dengan perasaan debar2 dan gementar terutamanya k.manis la sebab tak penah ceramah atau handle apa2 , terus pergi ke Hotel Muar Trades Tingkat 1. Aik nape tonggang langgang dewan ni..aku mula keliru..seingat aku dalam surat rasmi permohonan memang di sini.. ayoyo...sudah silap tempatkah?...aku pe lagi balik la dengan perasaan keliru dan tertanya2 nape la diorang ni tak bagitahu aku tak jadi program ni sebab manager hotel tuh kata dah dibatalkan...Erm..pelagi la g ngeteh dengan kawanku itu di tanjung oder mee bandung dengan sirap limau ais (lapo sangat2 tangahari tak makan lagi) last2 take away...ehehehe
sampai dah mula yassin...n habis tuh aku ceramah. Erm...happy gak la sekejap dengan teletah dan gurauan guru2 tadika tuh mengusikku tentang jodoh..aku senyum aje la..dalam hati tuhan je tau..
Yela...aku ingat kata sianrku..hidup mesti mesti diteruskan jangan diseksa dengan sebab sesuatu perkara..memang betul tapi...kalau seseoarang tuh setia dengan sesuatu itu...nak wat macam ne..so...selagi mampu aku teruskan dengan kesetiaanku itu...
Aku tadi terbuka blog seseorang yang sangat menyentuh perasaanku mengenai apa yang aku rasa sekarang sama dengan sidia rasa. Tapi cuma bezanya dia telah berusaha untuk mendapatkan impiannya dan buktikan kepada keluarganya bahawa itulah yang terbaik dipilih dan sekarang dia hidup bahagia bersama pilihannya. Tapi aku semuanya telah pasti..dan sekiranya Allah memberikanku peluang kedua aku rasa ini adalah satu keajaiban yang tidak ternilai bagiku.. Namun..semua itu..susah hendak kukatakan bukan mustahil bagiku..sesungguhnya Allah itu akan mengatakan "kun fayakun" tapi...mungkin takkan terjadi kot...ntahla...Apa yang penting..kerjasama..eh silap daa...tuh wonderpets....berusaha dan bertawakal selagi aku ada kudrat.
Argh..penatlaaa... nak tido laaaaa....tata..titi..tutu....(ceh dah biasa guna nampak)
so...thankx pada pembaca setiaku...ehem..ehem..
p/s: persiapan aku untuk konvo tak siap lagi......takde mood...mcm ne ni...

"ALAMAK ESOK PETANG NAK CERAMAH APE NIH" BLERRR..

Salam...

erm..baru malam ni la aku eklam kabut cari idea untuk ceramah sok. Tengok je la ni...sempat lagi menulis blog kesayangan aku nih sambil baca fakta2 untuk esok petang..Erm..memang tak sempat aku nak ulangkaji atau cari bahan ceramah sok petang. Yela..pagi kul 6.00 pg aku dah gerak ke UKM, Bangi untuk reheasel konvo sampai tengahari. Kul 3 ptg dah mula nak ceramah..Adusss....sakit kepala..bukan tak biasa nak ceramah atau takde idea nak cakap tapi ntahla....pikiran aku kosong...macam hilang semuanya..mood lak takde ermm....lagila malas nak gi sok.

Ai...Nasib baikla rakan sepejabatku ade leh tolong untuk ketuakan baca Yassin n Tahlil so ringan sikit beban aku cuma tumpukan ceramah. Bukan tak boleh amek tugas tuh..tapi dengan keadaan aku yang mcm ni yang masih lum stabil dengan emosi aku, aku rasa semuanya tidak kene apa yang aku buat... memang sejak2 ni aku banyak marah nak naik angin jek sape wat silap dengan aku..tapi tu la manusia yang ada kelemahannya.. namun aku masih mengharapkan sinarku tetap memberikan aku semangat untuk aku terus memperjuangkan agamaku.

Erm..k la..kalau menaip ni ade lagi idea nih tapi..tak boleh ...ada masih banyak lagi kijeku lum selesaikan...babai.. tata..titi..tutu..

p/s: Aik..mcm kenal jek trademark ucapan sebelum nak tido tuh..