BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Ogos 21, 2009

"Malam ni Dah Mula Solat Terawih & Mula Bersahur"...













Assalamualaikum...
Hari ni kita akan meninggalkan bulan Syaaban dan melangkah ke Bulan yang penuh keberkatan iaitu Bulan Ramadhan. Malam ni juga akan kita lakukan solat terawih & sahur pada pagi nanti.
Apa dia ganjaran bagi mereka yang melakukan solat terawih pada malam pertama?..
Saiyidina Ali r.a telah meriwayatkan daripada Rasuullah s.a.w a apabila baginda ditanya oleh sahabat2nya mengenai kelebihan solat terawih di malam2 bulan Ramadhan ialah :
" Diampunkan dosa2 orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan".
Ayuhlah sahabat2ku diluar sana kita meraikan bulan Ramadhan ini dengan amalan2 yang tidak terhitung banyaknya yang boleh kita lakukan. Bagi kaum2 ibu pulak mesti memikirkan juadah apakah yang hendak disediakan untuk seisi keluarga pada sahur pagi nanti..Ingatnye kaum wanita..jangan berlebihan dan janganlah membazir..bila kita dah membazir itu adalah amalan dan sahabat syaitan. Apa yang penting kita mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang telah diajarkan kepada kita dengan memakan buah kurma sebagai manisan disitu ada keberkatannya.
Nak tahu apa dia..kurma boleh mengelakkan penyakit2 yang biasa kita dengar dari mulut mereka2 yang selalu memberikan alasan taknak berpuasa seperti gastrik la ape2 la..
Cara makan buah kurma:
Makan dengan membuangkan bijinya di belakang tapak tangan bukan di atas tangan kerana itulah khasiat dan petua yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk menghindarkan penyakit. Dahtuh biji kurma tuh jangan dicampurkan setempat dengan buah kurma yang belum dimakan kerana akan hilang khasiat buah kurma itu...Boleh amalkan? Kita cuba k...buat dapat pahala tuh.
Lagi satu cara minum Rasulullah s.a.w ialah:
Minum dengan teguk pertama hendaklah membaca " Bismillah"
Teguk kedua hendaklah membaca " Bismillahirrahman"
Teguk ketiga hendaklah membaca " Bismillahirrahmanirrahim"...
Mudahkan...Tidaklah berlakunya tersedak ke ape ke..ni tak. Bila tersedak jam tuh lah nak kata " sapelah yang sebut2 nama aku nih". Pada hal dia sendiri yang gelojoh minum yang minum dengan cara tak betul...
Disini kita berkongsi bersama kelebihan2 bersahur...
Dalam ulasan terhadap ' Sahih Bukhari', Ibn Hajar telah menyebut berbagai alasan tentang keberkatan bersahur.
1. Dengan bersahur, sunnah dituruti.
2. Melalui bersahur kita membezakan diri kita dengan cara ahlul kitab ( Yahudi & Nasrani ) dan umat2 lain.
3. Sahur akan menambah kekuatan untuk beribadat.
4. Bersahur akan meningkatkan keikhlasan dalam ibadat.
5. Bersahur menolong menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh lapar.
6. Pada waktu bersahur adalah waktu dimakbulkan doa.
7. Pada waktu bersahur seorang itu mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan cara berzikir dan berdoa menadah tangan kepada Allah.

Erm..k la..nak cari makan..lapar lak...orang solat jumaat pun dah balik ni..kereta aku dah tak kene blok dah. Lain lagi tentang Ramadhan aku akan tulis di lain hari...
p/s: Salam Ramadhan buat sahabatku.." opisboy, wan01, Rin, Kak Manis, dan kawan alam sesawangku yang lain2...tak lupa juga SINARKU ..Ceramah Ramdhan banyak yeeee....Kita adalah orang yang dipilih untuk memperjuangkan agama Allah.. Cayok2 Fi Sabillillah..