BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Ogos 14, 2009

" JODOH AKU KE"..



السلام عليكم يا صحابتي

Erm...kekawanku...


Hari ni aku dah terasa malas sangat2 nak gi konvokesyenku di UKM. Memangla hari isnin....ada 3 hari lagi...tapi, esok akan aku bertolak dulu ke Rawang, Selangor rumah mak ngahku petang selepas aku gi ceramah kusus kawen, aku betul2 takde semangat. Bahkan ibuku yang susah hati sebab segala perancangan perjalananku ke sana aku tidak endahkan langsung. Bila ditanya aku jawab suka hati...suka hati....



'Apa dah jadi ni Shalina oi...takkan sedih lagi kot'. Erm..memangla kamu semua tak rasa apa yang aku rasa. Hari ni pun aku banyak berpikir yang ntah apa2 ntah...kat opis? Erm...duk2 saje2 la aku ni...sesekali tempatku dijadikan tempat mesyuarat sembang2 ehehehe..terhibur jugalah aku dengan keletah mereka2 nih. Godek2 internet sampai naik bosan... tiba2... jeng..jeng.. terdengar lagu kumpulan Nowseeheart 'selawat pelindung diri' di handponku berbunyi menandakan mesej masuk.. Erm..mamat ni lagi..Adus...nak apa lagi la dia ni..


Aku bukan tak suka dengan dia..tapi entahla sekadar kawan bolehlah... aku baca isi mesejnya. Hah?..."Nak datang merisik minggu depan"...Biar betik...Adus..pening kepala aku...nak terima ke taknak nih..sedangkan aku masih tak stabil lagi dengan emosiku...inikah jodohku? Aku belum bersedia menerima sesiapa lagi diruang hatiku hanya sinarku yang masih segar diruang hatiku ini. Maafkan aku kerna tidak dapat menerimamu.


Aku meminta kepada sidia agar jangan menaruh harapan yang tinggi denganku, hanya aku mampu katakan padanya " kalau ada jodoh tidak kemana". Tapi jauh disudut hatiku perasaan sayang & cintaku kepada sinarku tidah sikitpun berubah. Aku harap dia mengerti mengapa aku menolak lamarannya itu.

Biarlah apa orang kata dengan pendirianku namun..ada yang marah mengapa aku jadi begini kerana seseorang insan yang akan bukan menjadi milikku kelak. Tidak mengapalah...biarlah aku begini, sehingga bila usah ditanya. Sekarang aku hanya nak gembira bersamanya walaupun aku tahu kegembiraan yang ku dapat ini hanya sementara dan akan menyakitkan aku sekali lagi. Aku hanya berserah kepada Allah s.w.t. Terima kasihlah teman2ku yang banyak memberikanku semangat dan sokongan serta nasihat di atas keperihatinanmu ke atasku. Namun..biarlah aku sebegini....

p/s: semangatmu semangatku..

'DOA UNTUK ELAKKAN H1N1'...


* Ralat : على الأرص = على الأرض


Salam kekawanku...
ni doa untuk dijauhkan H1N1 ataupun doa untuk elakkan malapetaka.
amalkanlah dan sebar2kanlah kepada sesiapa ye.

p/s: Kecik sangat ek tulisan tuh..tulaaa dah puas nak edit tak boleh..soriii la sape yang rabun tuh ehehehe...
k2..ada caranya untuk save atau copy.
1. klik pada doa itu 2x.
2 Saiz akan membersar mengikut zoom anda.
3. Clik kanan untuk carian save picture n clik jek.
4. Simpan dalam fail anda.
5. Dah siaplah...ehehehe

LIMA CARA SYUKUR NIKMAT...





KETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit."



Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu.Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita. Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud:...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.


Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar.Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.


Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah.Firman Allah bermaksud: "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan.Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak kena bayar.Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur.


Hamba Allah yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur. Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan?


Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.


Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak betul-betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.


Sumber: Ustaz Mohd Zawawi Yusof
p/s: Geram juga pada mereka yang taknak bersyukur yang tinggal di Negara Malaysia yang cukup segalanya masih nak berpecah belah...aduss...umat Muhammad...