BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, Jun 08, 2009

DIMANA KEIKHLASAN & KEJUJURAN

Keikhlasan pentingkah dalam perhubungan?
Kejujuran pentingkah dalam persahabatan?...
Semua itu penting walaupun kita berlainan bangsa dan agama.
Tapi kenapa cirir2 penting itu tidak diprakttikan ketika saat bahagia dilalui.
Perlukah menjaga hati seseorang itu lebih baik sekiranya dia mendapat tahu yang sebenarnya di kemudian hari?
Tidak sakitkan hatikah kepada seseorang yang penuh dengan kejujuran & keikhlasan di dalam sesebuah perhubungan. Bila diajukan soalan sebegini pelbagai helah dan alasan yang direkanya. Buntu untuk buat pilihan? atau melepaskan batuk di tangga?...Dimana prinsip seseorang manusia yang berjiwa berani dan bersemangat dalam melakukan pelbagai perkara.
Kita dilahirkan di dunia ini hanyalah sementara untuk menikmati seketika saat bahagia tetapi bagaimana pula bekalan kita di alam sana? sedangkan pada masa yang sama kita telah melukakan hati ibubapa kita, kawan, rakan, teman, kekasih dan sebagainya..
Kita perlu ingat wahai manusia...bila sekali kita menyakiti hati mereka yang tidak bersalah seribu kali akan datang hati kita akan disakiti di kemudian hari. sekali kita melukai perasaan manusia, sampai bila-bila kita hilang sikap kepercayaan dari mereka. oleh itu, janganlah berpikir untuk menyelamatkan diri sendiri atau kepentingan diri sahaja. Hari ini kita bahagia hari esok?....siapa yang tahu.

alamak..pe aku nih. skema ye ayat kali ni kan...
saje jek nak jadi dak skema dan nak luahkan perasaan.
ahahahahahah.....(tengah tension nih!!!!)

Jumaat, Jun 05, 2009

HORMATILAH KAUM HAWA

Sakit hati tak kita kalau melihat seseorang lelaki itu tidak menghormati kepada kaum hawa. Tidak kiralah wanita tu muda ke tua apatah lagi sydah tetntu dimestikan menghormatinya.
hm....ntah la ek. tak paham dibuatnya wahai kaum2 lelaki yang sanggup berbuat sebaliknya terhadap kaum wanita ini.

aku bukannya ape, sebagai seorang wanita muslimah..cewah..yang penuh dengan kesopanan dan keayuannya ini terasa hiba sangat2 bila ada seorang lelaki yang begitu memperlekehkan perasaan wanita. Apa lah salahnya berbincang dengan baik walaupun perkara itu hanya remeh tapi ruangkan mada untuk menyelesaikannya, jika tidak sampai bila pun masalah itu tidak akan selesai, kalo tak pun berdiam diri dan tapi aku percaya sekiranya berdiam diri itu lebih baik padanya, maka hidupnya tidak akan tenteramlah selagi ianya bergantungan di situ.

Aku bengang sangatlah dengan seseorang ni...kalau ianya pun taknak cakap langsung dengan aku apalah salahnya jawab panggilan telefon aku tuh dengan penuh kejantanan dengan rasa hormat kepada pemanggil. jangan diikutkan perasaan dan emosi tuh. kita tahu masing2 ada masalah tetapi janganlah melibatkan si pemanggil telefon tuh..aduh...kesian..tak pasal2 aku sendiri di matikannya talian tuh terus..menyirap tak menyiraplah...tetapi aku masih ingat aku ada maruah dan perlu jaga akhlak keperempuananku...sabar itulah yang menghalang aku bertindak di luar jangkaan, kalau tidak!!!!...tak tau la apa jadinya...

Kepercayaan aku, dan ke'respect'an dari aku pada si mamat ni terus hilang. walau mcam ne pun dia ni seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga anak yang soleh pada mak ayah nya tapi kalau perangai macam ni....tidak layak lagi dia dikategorikan lelaki yang baik. so...buat lelaki2 disana...janganlah bersikap hipokrit dan beranilah menanggung cabaran dan ringtangan yang mendatang. bukannya dengan cara berdiam diri atau menggelakkan dari masalah..sebenarnya manusia yang sebini adalah manusia yang penakut dan mundur ke belakang...

Isnin, Jun 01, 2009

TERIMA TAKDIR NYA



Seandainya manusia tak dikungkung ruang dan waktu
Adakah kau di sana untuk kulihat kembali?
Seandainya aku dipinjamkan Keimanan Yang Kuasa
Adakah kau di sana untuk nyata kembali?

Kalau kau untukku aku pasti ada saat kau datang kembali
Kalau aku untukmu kau pasti akan menyambutku saat aku datang untuk mencintaimu
Aku akan terima takdir Nya sekiranya ia telah ditentukan untukku,
tapi kenapa aku takleh lupa akan dirinya.....
begitulah hidup manusia kalo korang nak tau...
ade masa bahagia sangat2 ade masa tuh kita kene hadapi dengan tabah dan sabar.
memang sakit bila putus cinta ni tak pun ade pihak yang memutuskan nya.
tapi...salah ke kalo ade orang yang baik yang sememangnya di tentukan untuknya dia tlah dengan alasan dia tuh terlalu cukup baik dan tak layak baginya. ermmm...dahtuh, sape yang nak terima orang tak baik kalo org yang baik2 semua nya dapat yang sama dengan dia. sepatutnya dia kene bersyukur ape yang dia dapat dan jaga dengan sebaiknya bukan menolak mentah sekiranya tiada ade ape2 halangan dari pihak sana.
ermm....kalo orang tuh dah tak memilih siapa pasangannya walaupun dia tuh ada jawatan tinggi, kelulusan tinggi, ada rupa... dan ape2 la terima je la seadanya dan bersyukur apa yang Allah anugerahkan kepadanya.
bukan alasan dia terlalu baik atau ape ke tapi syukurla di atas nikmat yang kita dapat. tak semua orang dapat mcm tuh dan ade hikmahnya semua tuh.
walaupun dalam islam ada syarat "sekufu" tapi kalo pihak yang lebih tinggi kedudukannya itu terima seadannya si dia dah takda apa2 halangan lagi dan dibolehkan untuk berkahwin.
so...pesananku kita bersyukurla apa yang dianugerahkan kepada kita ini.