BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Julai 30, 2009

"KITA MERASA SUSAH? ADA LAGI YANG SUSAH DARI KITA"







Asslamualaikum semua...



Kita hidup sekarang ini memang duit itu adalah yang paling utama sekali dalam kehidupan tidak sepertimana zaman mak ayah kita yang boleh hidup dengan makan pucuk2 daun dan ubi kayu sahaja. Tetapi zaman sekarang nih kalau kita tidak mencari duit dengan kerja yang rajin memanglah kita akan hidup melarat dan ilmu itu adalah kepentingan juga. Tidak kiralah ilmu menukang ke, peruabatan ke memasak ke dan apa sahaja lah asalkan ianya halal disisi syarakkan.






Aku tersentuh seketika apabila hari ini aku ada mengikuti program "Tautan Kasih Jalinan Muhibbah" yang diadakan di Masjid Sungai Balang dengan acara Perasmiannya disampaikan oleh Y.B Dato' Hjh. Robiah Binti Dato' Hj. Kosai. Apa yang memilukan hatiku ialah sebelah petangnya ada aku terlibat dengan acara "ziarah kasih". Program ini menghulurkan bantuan kepada mereka yang terpilih disetiap kawasan yang telah ditentukan. Aku dengan 2 orang lagi rakan sekerjaku dan diiiringi Ketua Kampung Pekan Baru dan Parit Bugis menziarahi keluarga yang kami ingin temui.






Aku terdiam seketika apabila sampai sahaja diperkarangan rumah yang hendak dikatakan belum sempurna sepenuhnya itu adalah rumah keluarga yang kami hendak hulurkan bantuan. Sedih aku melihatnya. Dengan keluasan yang hanya memuatkan beberapa orang sahaja didiami dan penuh dengan barang2 keperluan rumah yang tidak terurus aku berasa bersyukur kerana kesusahan yang kutanggung rupanya masih ada lagi insan yang hidup lagi susah daripadaku.






Namun, kadang2 kita tak sedar akan kesilapan kita yang tak pernah mengenal erti syukur kepadaNya yang Maha Esa diatas apa yang telah dikurniakan ke atasnya. Aku memang tidak banyak berkata-kata cuma bertanyakan khabar dan mengetahui situasi sebenar bagaimana keadaan keluarga tersebut yang didiami oleh 3 orang wanita. Seorang ibu yang sudah tua dan 2 orang anak dara yang sudah lanjut usianya masih tidak berkahwin dan kesemuanya mengidapa penyakit yang berlainan. Suasana ruamh tersebut memanglah tidak selesa dan merimaskan pemandangan bagi sesiapa yang sudah biasa hidup dengan kemewahan namun hatiku berasa kesian dan aku bersyukur dapat menghulurkan bantuan sebagaimana yang aku mampu.






erm...ni jelah yang dapat aku kongsikan bersama-sama kalian semua agar apa yang kita hadapi sekarang ni kita bersyukur dan tahu menghargainya dengan cara yang betul.






p/s: Susah2 dahulu senang2 kemudian...

Rabu, Julai 29, 2009

HATIKU BERBUNGA KEMBALI...

Jeng..Jeng..Jeng... apa yang sudah berlaku?..
ahahaha...aku sehak 2 hari ni lepas balik dari kelantan & Terengganu nih memg aku tak ade mood langsung untuk mulakan kije..ntah apelah aku nihhh...teruk betul gila bayang. Dan 2 hari jugalah aku tak say "morning" pada sinarku itu, tanda aku merajuk dengan sikapnya yang seolah-olah tidak mengendahkan kedatanganku dinegerinya.

Entah macam ne macam tahu2 sahaja sinarku itu aku sedang menceritakan tentangnya kepada kawan karibku (kak manis). Aku bukan cerita apalah..just mengadu nasibku ini bertepuk sebelah tangan...dalam jam 1.52 tengahari mesejku berbunyi...aku mengeluh siapalah yang awal2 ni sudah mencari aku di opis agaknya..dengan mata terbeliakku, aku melihat nama sinarku terpampar di telefon bimbitku aku gembira rasa macam nak lompat2 tapi apakan daya..mak aku ada didepanku takkanlah aku nak suka macam tuh kan...jatuh kesucian suntiku ahahahahaha....

Sinarku bertanyakan khabar n so on la..Mungkin dia terasa kot aku dah 2 3 hari agak tidak mesej say "morning" kepadanya atau aku tidak online imeshku. Tapi..hari ni hati aku terubat la juga kedukaannya...Dahla, penat nak taip pasal dia nih...

Kepada sinarku...
selamat malam...

"macam ne gi kelate"..Ape citer?


salammm semua...


sori laaaa macam dah lama kan tak tulis..tapi taklah best sangat ape yang aku nak kongsi bersama ni. juss nak saje2 jek borak2. aku hari tuh pergi kelantan & terengganu ade hari kelurga staff opis aku...leh la best ye tapi taklah best sangat pun..dapat penat jek lebih lak tuh aku balik jek leh lak kene demam..nasib badan la. Nasib baik tak kene wabak H1N1 A'uzubillah....minta2 dijauhkan.




Aku bertolak ke kelantan jam 6 petang naik 2 bas pompuan cume ade 14 org jek yang lain semuanya lanang2 (lelaki) belaka. Erm...orang lain excited aku macam biasa jek ntahla kenapa mungkin aku ni baru lepas patah hati kot..tempat aku nak pergi pulak tempat sinarku itu..arghhh...bosan kadang2.




Aku kat Kelantan tuh leh best ye dengan penginapan yang selesa taraf 5 bintang gitu (agaknya lah...). Erm..pergi pengkalan kubur, rantau panjang & wakaf cek yeh. owh..ye pasar siti khadijah pun gi jugok...ahahaha...leh kecek gituh?.




Sok ye pulak aku gerak ke Terengganu..jeng..jeng..apa yang terjadi..? erm...takde ape2 pun..


Aku cuba bagi mesej pada sinarku yang saje tanya dia sedang mengajar ke, almaklumlah...hari ahad sana kije kan. Erm..Hati aku hampa, dia tak balas langsung sms aku..tak apelah aku dah faham. Aku cuba bagi sms kepada raka karibnya, aku bagitahu kat dia yang aku sekarang berada di masjid kristal..namun tiada balasan...tak mengapalah..orang dah tak sudi nak kawan kan...aku faham.




Sepanjang perjalanan aku balik ke Muar memg hiba dan sedih yelah..bukan senang nak datang sana..tapi taknak juga amek masa masa yang terluang...kalau korang tak faham ae yang aku tulis ni tak apelah biarlah aku faham sorang2.




Tiba2 dalam perjalananku aku merasa mengantok lepas tengok cerita hantu thailand yang dibuka oleh pakcik dollah (driver bas). Sambil aku pejamkan mata entah macam ne aku teringat ayat keramat untuk sidia yang kubaca selalu. Sambil terkumat-kamit bibir aku basah dengan ayat quran surah an*** dan ayat yang ke* aku terlelap. Tiba2 aku tersentak seketika aku terkejut ada mesej sampai, aku menjenguk tak disangka2 sinarku bertanyakan khabar dan sudah tiba mana..aku sedikit gembira walaupun hatiku hampa dengan sikapnya tapi cukuplah dengan itu kau dah buatkan hatiku tersenyum keseorangan. Mesej berbalas mesej dan mungkin dia tertelap kot..ahahhaha




Aku sampai di Muar jam 430 pagi dan aku rehat dengan sepuas2nya dirumah. Aku cuti rehat dan badanku tidak sihat kerana demam. Malamnya aku on9kan imesh aku dan dia ada bagi mesej kepadaku. Dia mengatakan pic baruku itu cantik..ikhlas ke tak tak tahulah kan...tapi ikhlas kot..aku sedikit gembira. Ada soalan yang aku rasa dia tak patut tanyakan kepadaku.. Dia tanya "ada bagi bagitahu dekat man ke yang awak datang sini"?..aku dah agak mesti si man penyamun tuh bagitahu dia..tak mengapalah mungkin man tak faham situasi kami berdua. Aku dengan jujur mengakulah.. lepas tuh dia ada tanya lagi" man balas tak mesej tuh" soalan yang aku rasa agak pelik. Kenapa dia tanya aku soalan tuh? Dia tak kasikah man balas mesej aku itu..ke..dia dah pakat dengan man......arghhh....buat aku pening aje pikir pasal lelaki ini.. Tapi hati memang rasa tak sedap hati..mesti ada ape2 yang diorg cakapkan tengtang aku nih..tak apalah aku sedar siapalah aku nih...




Aku terus mengabaikan pertanyaan dia tadi..


Tapi yang penting aku bersyukur sangat2 dia masih anggap aku sebagai kawan.


Terima kasih Allah memberikan aku peluang sekali lagi.




p/s: ni nak citer pasal gi kelantan ke pasal sinar lagi nih...ish aku nih..

Khamis, Julai 23, 2009

"KENAPA DIA TANYA AKU BEGITU"..


Erm...aku tak boring lagi nak menceritakan tentang sinarku. Erm...pelik gak ni. Malam tadi aku sedang melayari internet aku terlihat nickname sinarku online. Berdebar jantungku kenapa entah tiba2 aku rasa gementar. Tak sampai 5 minit dia mesej kepadaku dengan ucapan "salam". Hatiku lega dan bolehlah katakan happy seketika sinarku sudi menegurku lagi. Aku takot kehilangannya manalah tahukan dia tidak mahu menegurku lagi. Tapi fikiranku meleset..ye betullah dia seoarang yang baik hati tidak akan memutuskan silaturrahim yang sudah terbina.


Dalam perbualanku...dia seperti biasa bertanyakan keadaanku dan tugasku seharian. Tetapi dalam pada masa itu, dia bertanyakan..."selain saya dengan sape lagi awak chat"?... Aku kehairanan sebab sebelum ni aku yang selalu taye kepada sinarku itu..tapi malam ni dia pulak yang tanya...sudah tentu aku menjawab tiada sesiapa hanya dia sahaja yang menjadi pilihanku..bukannya aku tidak mahu berkawan dengan sesiapa atau sombong, tapi sinaranku itu adalah sumber inspirasiku yang aku memerlukannya selalu.


Mungkin dia berkata dalam hatinya aku ni seorang setia...atau sebaliknya tak tahula. Tapi itulah hakikatnya setiap aku menemui sinaranku itu di alam sesawang hanya dialah seorang yang ingin ku ingin kongsikan segala tengtang kehidupanku.


Kepada sinaranku, terima kasih kerana sudi berkawan denganku lagi..sejak peristiwa yang menjadikan kita agak kekok untuk bermesra semula, aku terasa malu untuk menegurmu..siapalah aku dibandingkan dengan sianaranku yang agak perfect disisi masyarakat.

Aku berharap kita semakin mesra dan saling memahami di antara satu sama lain.


p/s: Sinaranku sentiasa ku pandang gemerlapan walaupun pernah aku disakiti.

Rabu, Julai 22, 2009

"SINARKU LAGI"...




Ermm...hari ni aku rajin lagi nak taip tengtang sinarku lagi. Ala...bukannya ade orang nak baca..aku sorang jek kalau ade tuh ahahahaha....baca je la.


Pagi2 lagi modd aku kurang baik. Memang macam muka dugong ehehehe...aku tak tahan sebak bila aku duk sorang2 kat kerusi aku, aku mengalirkan air mata. Aku tidak pasti aku nangis sebab aku tidak dapat terima keputusan dia ke atau aku terlalu ikutkan perasaan. Tapi yang pastinya siang tadi aku tak online aku nak tenangkan fikiranku yang agak suram nih. Tapi dalam hati meluap-luap aku mngatakan aku rindukan sinarku itu yelah...selalu ye tiap2 pagi lepas solat subuh aku akan say "morning"pada sinarku itu...tapi dah dua hari aku tidak melakukannya. Aku tak tahulah dia merindukan kata-kataku itu atau dia semakin lega dengan ketiadaan sms ku yang sama setiap pagi. Harap2 sinarku itu merindui aku.ahaks!!!....


Aku ni mcm tak sedih jek kejap2 sedih jap2 wat lawak...ni lah aku sebenarnya...Apa yang pasti kata hatiku aku tetap mengharapkan sinaranku itu tetap menjadi milikku..Amin.. Menjelang petang jam 3.00 petang aku macam biasa ke Masjid untuk sebaran islam hatiku agak terhibur dengan karenah2 makcik yang mengusikku. terukirlah juga senyuman dibibirku seketika... selapas soalt maghrib seperti biasa aku lakukan solat hajat dan sedekahkan al-fatihah kepada roh sinaranku itu agar hatinya lembut untuk menerimaku...Aku mendapat ketengan ditikar sembahyangku dengan mengadu sepuas2nya tentang sinaranku itu...alhamdulillah aku mendapat ketengan yang kucari dan aku boleh menerima kata2 sinaranku malam semalam. Tapi ini tidak bermakna aku putus harapan dan semangat untuk menawan hatinya dan aku berserah kepada Allah yang maha Esa.


Kini..Aku menanti sinaranku itu kembali kedunia sesawang agar aku dapat menghiburkan hatinya seperti biasa. Wahai sinaranku...aku memohon maaf sekiaranya aku membuatkan engkau tertekan.


Apa yang pasti hatiku tetap tidak berubah dan seterusnya aku berserah kepadaNya.. Amin...

Selasa, Julai 21, 2009

"WALAUPUN PAHIT KUTELAN JUA"


Ternyata...apa yang aku sangkakan semua benar...itulah aku kelemahanku..mudah menerima perkataan yang manis...tapi aku sedikitpun tidak menyalahkan sinarku itu...dia tetap menyinari kehidupanku walaupun aku tahu siapalah aku sebenarnya dihatinya...


Namun aku bersyukur....Allah telah makbulkan apa yang kupinta...dan menyedarkanku.. walaupun aku menerima apa yang dikatakan...terasa bagai hancurnya hatiku tiada harapan lagi aku untuk aku teruskan perjuanganMu Ya Allah kerana sejak sinar itu muncul dalam kehidupanku aku begitu semangat untuk memperjuangkan agamaMu. Aku adalah insan yang sentiasa menyorokkan perasaanku kepada sesiapa..dengan sinarku aku tetap simpan apakah perasaanku sekarang...aku taknak sinarku bimbang akan keadaanku...tetapi masih senpat lagi dia mengambil beratku supaya tabahkan hati...yaaaa sinarku terlalu baik.


Walaupun aku rasa sedikit malu tetapi...aku berpuas hati dapat meluahkan apa yang terpendam selama ini kusimpan. Dan sekarang aku berusaha dengan carahikmahku dan kemudian aku berserah kepadaNya untuk ketentuanku.Moga-moga apa yang kupohon dan kupinta selepas solat hajatku setiap kali ku lakukan aku bermohon agar dimabulkan. Amin...


Memang aku tidak tenteram sekarang kerana aku asyik menulis di dalam ruangan ini. sekiranya dia terbaca ruanganku ini..aku mohon maaf. Tiada niat untuk aku mengaibkan dirimu. Aku berharap dirikulah yang dipilih untuk menambahkan sinaran hidupmu. Itu adalah harapanku walaupun peringatannya supaya aku jangan terlalu mengharap dengannya tapi aku masih seperti dulu...kerana aku setia pada yang satu.



Buat sinarku yang aku anggap sebagai hamba Allah yang soleh disisiNya, berikanlah aku ruang untuk menyinari hidupmu. KepadaMu Ya Allah...kau makbulkanlah permintaanku seharian yang kupinta kepadaMu tanpa malu ku memohon seharian agar sinaran itu menjadi kenyataan dalam hidupku. Amin...inilah aku jatuh cinta keranaMu Ya Allah...

"JANGAN LAGI SAKITI HATI INI..."






Hari ni aku takot sangat2...nape ni tiba2 hati aku berlainan...sedangkan dia tenang saje buat aku begini...Ya Allah..adakah aku yang terlebih perasaan kepadanya. Mana kata2 dia dulu bahawa dia menaruh harapan juga kepadaku. Aku disakiti walaupun akhirnya dia memohon maaf seribu kali terhadapku atas perbuatannya itu tetapi...adakah ape yang aku rasa sama di dalam hatinya. Malunya aku sekiranya aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan, aku seorang muslimah yang penuh dengan ciri2 kesopanan..adakah patut aku berterus terang padanya...ahhhh tidak sekali...biarlah hatiku yang menanggung sengsara ini..

Dia masih buatkan aku tertanya-tanya apakah perasaan dia kepadaku...kalau benarlah dia menaruh harapan kepadaku, tapi kenapa dia boleh menyakiti hatiku ini...nak minta pendapat?...tak rasa bersalah ker minta pendapat denganku sekiaranya aku....argh! aku bukan pilihannya kot sebab itu dia rasa tak bersalah di atas perlakuannya itu tadi. nak kata tak sengaja?...sudah 2x dia buat aku begini...argh!!!tak paham..tak paham...adakah dia sekadar menguji hatiku ini...Ya Allah...kuatkanlah hatiku ini untuk menempuh dugaan yang mendatang.

Memang aku berkecil hati di atas perbuatannya itu, tapi siapalah aku...aku menafikannya bila ditanya. Aku tidak mahu merosakkan hubungan suci yang dibina ini..aku terlalu sayangkan hubungan ini sebab aku tidak akan berjumpa dengan sinar yang seindah ini. Aku mengalir air mata tidak tahan sebak di dada menanggung kesalahannya itu...tapi atas kemaafaannya aku kembali tenang. Namun dicelah-celah hatiku ini masih lagi risau dan gusar atas perasaannya terhadapku..aku masih lagi teringat kata-katanya yang membuatkan hatiku luluh..hancur bila dibaca kembali. adakah itu sekadar satu gurauan ataupun menguji hatiku...kalau ianya benar2 berlaku bagaimana dengan perasaanku....

Nak dibandingkan aku dengan sinar yang kuharapkan itu memang jauh bezanya walaupun bidang kita sama tetapi di atas pemilihanmu aku sudah mengagak kau akan memilih sinar yang begitu indah dariku...aku terlalu tipis untuk berlindung dibawah sinarmu itu...tapi bolehkah aku diberi peluang dan kesempatan untuk mengambil sinarmu itu...

Ya Allah....kenapa hatiku begitu takot sebegini...takot kehilangan sinar yang kuharapkan...
tolonglah hambamu ini Ya Allah....kuatkan semangatku satukanlah kami dengan cintaMu yang semata-mata mencari keredhaanMu. Kau berikanlah aku kesempatan untuk aku berlindung dibawah sinarmu yang sentiasa bersujud kepadaMu. Inginku tebus kesalahanku kepadaMu Ya Allah..berikanlah sinar itu untukku..Amin...

p/s: syukran kawanku membantuku untuk dia memohon maaf kepadaku..ehehehe

Isnin, Julai 20, 2009

SINAR DATANG KEMBALI...

Ya Allah...aku bersyukur kehadratMu Ya Allah kerana Kau telah memberikan aku sinar yang tidak ternilai harganya...aku bagaikan kehilangan arah tujuanku setelah aku disakiti tetapi ternyata Kau Maha Kaya lagi Maha Pengasih terhadap hambaMu ini..

Aku berharap kepadaMu Ya Allah Kau kekalkanlah sinaran yang telah Kau berikan kepadaku kerana sinar itu memberikanku semangat, harapan untuk aku memperjuangkan diriku kepada agamaMu. Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah...

Tetapi Ya Allah...dalam pada masa yang sama, aku tetap risau dan bimbang akan kehilangan sinar itu..aku takut...takut...sinar itu akan pudar untuk menyinariku seharian...aku takut dia jemu....Ya Allah..aku berserah kepadaMu Ya Allah...sekiranya itu yang terbaik aku menerimanya dengan hati redha walaupun pahit untuk aku menelannya tetapi sekiranya itu terbaik untukku Ya Allah...kau kekalkanlah sinaran itu untukku..Amin....



p/s: Ni citer tentang ape...sinar tuh mcm seseorang jek..sshhhh...