BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Julai 29, 2009

HATIKU BERBUNGA KEMBALI...

Jeng..Jeng..Jeng... apa yang sudah berlaku?..
ahahaha...aku sehak 2 hari ni lepas balik dari kelantan & Terengganu nih memg aku tak ade mood langsung untuk mulakan kije..ntah apelah aku nihhh...teruk betul gila bayang. Dan 2 hari jugalah aku tak say "morning" pada sinarku itu, tanda aku merajuk dengan sikapnya yang seolah-olah tidak mengendahkan kedatanganku dinegerinya.

Entah macam ne macam tahu2 sahaja sinarku itu aku sedang menceritakan tentangnya kepada kawan karibku (kak manis). Aku bukan cerita apalah..just mengadu nasibku ini bertepuk sebelah tangan...dalam jam 1.52 tengahari mesejku berbunyi...aku mengeluh siapalah yang awal2 ni sudah mencari aku di opis agaknya..dengan mata terbeliakku, aku melihat nama sinarku terpampar di telefon bimbitku aku gembira rasa macam nak lompat2 tapi apakan daya..mak aku ada didepanku takkanlah aku nak suka macam tuh kan...jatuh kesucian suntiku ahahahahaha....

Sinarku bertanyakan khabar n so on la..Mungkin dia terasa kot aku dah 2 3 hari agak tidak mesej say "morning" kepadanya atau aku tidak online imeshku. Tapi..hari ni hati aku terubat la juga kedukaannya...Dahla, penat nak taip pasal dia nih...

Kepada sinarku...
selamat malam...

"macam ne gi kelate"..Ape citer?


salammm semua...


sori laaaa macam dah lama kan tak tulis..tapi taklah best sangat ape yang aku nak kongsi bersama ni. juss nak saje2 jek borak2. aku hari tuh pergi kelantan & terengganu ade hari kelurga staff opis aku...leh la best ye tapi taklah best sangat pun..dapat penat jek lebih lak tuh aku balik jek leh lak kene demam..nasib badan la. Nasib baik tak kene wabak H1N1 A'uzubillah....minta2 dijauhkan.




Aku bertolak ke kelantan jam 6 petang naik 2 bas pompuan cume ade 14 org jek yang lain semuanya lanang2 (lelaki) belaka. Erm...orang lain excited aku macam biasa jek ntahla kenapa mungkin aku ni baru lepas patah hati kot..tempat aku nak pergi pulak tempat sinarku itu..arghhh...bosan kadang2.




Aku kat Kelantan tuh leh best ye dengan penginapan yang selesa taraf 5 bintang gitu (agaknya lah...). Erm..pergi pengkalan kubur, rantau panjang & wakaf cek yeh. owh..ye pasar siti khadijah pun gi jugok...ahahaha...leh kecek gituh?.




Sok ye pulak aku gerak ke Terengganu..jeng..jeng..apa yang terjadi..? erm...takde ape2 pun..


Aku cuba bagi mesej pada sinarku yang saje tanya dia sedang mengajar ke, almaklumlah...hari ahad sana kije kan. Erm..Hati aku hampa, dia tak balas langsung sms aku..tak apelah aku dah faham. Aku cuba bagi sms kepada raka karibnya, aku bagitahu kat dia yang aku sekarang berada di masjid kristal..namun tiada balasan...tak mengapalah..orang dah tak sudi nak kawan kan...aku faham.




Sepanjang perjalanan aku balik ke Muar memg hiba dan sedih yelah..bukan senang nak datang sana..tapi taknak juga amek masa masa yang terluang...kalau korang tak faham ae yang aku tulis ni tak apelah biarlah aku faham sorang2.




Tiba2 dalam perjalananku aku merasa mengantok lepas tengok cerita hantu thailand yang dibuka oleh pakcik dollah (driver bas). Sambil aku pejamkan mata entah macam ne aku teringat ayat keramat untuk sidia yang kubaca selalu. Sambil terkumat-kamit bibir aku basah dengan ayat quran surah an*** dan ayat yang ke* aku terlelap. Tiba2 aku tersentak seketika aku terkejut ada mesej sampai, aku menjenguk tak disangka2 sinarku bertanyakan khabar dan sudah tiba mana..aku sedikit gembira walaupun hatiku hampa dengan sikapnya tapi cukuplah dengan itu kau dah buatkan hatiku tersenyum keseorangan. Mesej berbalas mesej dan mungkin dia tertelap kot..ahahhaha




Aku sampai di Muar jam 430 pagi dan aku rehat dengan sepuas2nya dirumah. Aku cuti rehat dan badanku tidak sihat kerana demam. Malamnya aku on9kan imesh aku dan dia ada bagi mesej kepadaku. Dia mengatakan pic baruku itu cantik..ikhlas ke tak tak tahulah kan...tapi ikhlas kot..aku sedikit gembira. Ada soalan yang aku rasa dia tak patut tanyakan kepadaku.. Dia tanya "ada bagi bagitahu dekat man ke yang awak datang sini"?..aku dah agak mesti si man penyamun tuh bagitahu dia..tak mengapalah mungkin man tak faham situasi kami berdua. Aku dengan jujur mengakulah.. lepas tuh dia ada tanya lagi" man balas tak mesej tuh" soalan yang aku rasa agak pelik. Kenapa dia tanya aku soalan tuh? Dia tak kasikah man balas mesej aku itu..ke..dia dah pakat dengan man......arghhh....buat aku pening aje pikir pasal lelaki ini.. Tapi hati memang rasa tak sedap hati..mesti ada ape2 yang diorg cakapkan tengtang aku nih..tak apalah aku sedar siapalah aku nih...




Aku terus mengabaikan pertanyaan dia tadi..


Tapi yang penting aku bersyukur sangat2 dia masih anggap aku sebagai kawan.


Terima kasih Allah memberikan aku peluang sekali lagi.




p/s: ni nak citer pasal gi kelantan ke pasal sinar lagi nih...ish aku nih..