BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, Ogos 19, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN KE 37 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

argh.....nanti la dulu makcu..sabrina lambat lagi nak konvo...

Dah besar nanti ikut macam makcu ye cinot...




Busu leha, Sabrina & Kak fiza




Mak & Ayahku tercinta




Abang sulungku ( alon & kak fiza & Nuur Sabrina Filza )














Abah..walaupun nampak garang tapi hati baik maaaa....





Mak & abah yang kusayang







Bunga konvoku...








Ehem...rakan seperjuangku sedaerahku...azrin...









Bunga konvo daripada kakak iparku & makcikku .Dari sidia?.....uwaaaaa..mana ada...












Tidak semestinya kegembiraan yang kupaparkan menandakan gembiranya hatiku..











Hari bersejarahku...












Comel kan...















Salam kekawanku....


Erm...nak kongsi juga la ni tentang konvo aku baru2 nih apa kes ye?

Takde ape2 pun kes...ok lah...so happy jugak la aku hari tuh walaupun banyak mende dah berlaku pada aku sebelum itu tapi aku masih boleh sorokkan kesedihan yang aku alami...



Alhamdulillah..aku dapat gembirakan hati semua yang hadir di hari konvokesyenku itu terutamanya pada mak abah, alon, kak fiza dan kuarga busu leha...thanks a lot....

Tapi yang paling aku gembira pagi2 lagi kul 6.02 Pagi aku dah dapat wish konvokesyen daripada sinarku...semangat sikit aku pagi tuh wat persiapan untuk konvo. thanks so much....


Sampai kat DECTAR tergopoh-gapah sebab termasuk laluan jem di sekitar UKM jan 130 tengahari aku masih dalam kesesakan lalu lintas...alhamdulillah..aku berjaya juga lepas semua halangan dan jalan macam lipas kudung mencari rakan2ku untuk beratur bersama2 memasuki DECTAR. Dahla tak pakai lagi jubah dengan topi tuh...akhirnya aku jumpa rakanku habisla make-up ku cair..eheheheh dek peluh aku kelam -kabut tadi...


Rakan2ku terkejut dengan perubahanku yang agak montel dan cubby di pipiku...ehehehe memang pun..ramai rakanku mengatakan aku bertambah montel dan ada juga yang mengusik "aik ina...dah kawen ke..naik badan semacam jek montel ni" aku tersipu2 malu dengan kenalakan mereka semua almaklumlah..rakan2 sekelasku semuanya sudah berumahtangga aku sahaja masih tang..terang tang tang...single mingle lagi...ihihihihihi...Aku juga terkejut ada rakanku yang masih dalam pantang operation sebab bersalin...hah?...ngerinye..sian kawan aku tuh..tapi akhirnya dia berjaya juga naik ke pentas. Kepada ALFIAH tahniah 2x sebab dapat baby baru & berjaya kita tamatkan pengajian kita selama ni...



Tapi apa yang aku tak sangka2 ada juga lagu macam2 rentak ek..yela..kalo ye pun, kan dak pengajian islam yang tengah sidang so..okestra ukm ni kalau nak wat lagu untuk backgraound pun wat la lagu nasyid ke...ni lagu madu tiga la apela..tapi seronok juga terdengar juga suara2 ibubapa gelak2 sebab lagu tuh..yela..masa aku kat KUSZA mana la ada lagu backgraound macam tu kan...so..kat universiti ni agak bebas jugala...




Erm...saat aku paling sedih dalam DECTAR ( Dewan Canselor Tun Abdul Razak ) ialah masa aku tengah siap2 nak beratur tunggu giliran ke pentas lagu backgraoud tuh berenti rehat sekejap...ada persembahan daripada koir UKM lagu 'aku bukan untukmu' daripada rossa.....uwaaaaaaa...memang menangis dah dalam hati...Tiba2 sepasang mata melihatku dari jauh menunjukkan tanda sabar dan jangan sedih...Aku terus tersenyum kerana kawan karibku (azrin) memberikan aku semangat wat kali terakhir sebelum aku ke pentas....syukran jazilan ya ukhti...

Aku gembira sangat bila dah selesai ke pentas..dengan wajah ceriaku dan jalan ala2 model gitu (ahaks!!!!...) aku berjaya mengawal emosiku...tengok la tuh gambar2 di atas tuh ceria je kan...

Apa yang penting selepas semua graduan tamat sebagai tanda hormat kepada semua ibubapa dan guru2ku adalah saat paling hiba..kalau tiada mereka semua aku tidak akan berjaya sepertimana sekarang....


Dan yang paling best keluar daripada pintu B aku disambut oleh ahli keluarga dengan membawa bunga. thanks a lot to my family...cayang semua...


Erm..tu je la citer ku tengtang konvo.. Nak sambung Master?cita2 memang ada..alamak..nanti la dulu tangguh seketika..cari jodoh dulu...kang nanti lelaki takot nak minang kalau belajar tinggi2..


p/s: usaha tangga kejayaan....man jadda wa jadda