BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, Ogos 11, 2009

"SINARANKU TETAP BERSINAR...NAMUN AKU MASIH LEMAH"




Salam.......

Hari ni walaupun aku sedih..aku muram...aku gagahkan jua tubuhku untuk ke pajabat demi menjalankan amanat yang telah diberikan daripada Allah. Aku menangis lagi dalam perjalanan ke pejabat..ntah nape aku ni tak boleh menahan sebak bila terdengar lagu yang boleh menyentuh perasaanku...( Nasib baikla mamat sebelah tak nampak aku menangis..kalu tak wat malu jek..dah cun pagi2 nangis lak..ehehehehe)...

Sampai opis jam 7.56 Pagi...ramai kata hari ni aku ceria dan berseri dengan pakaian muslimahku berwarna ungu bertudung biru nila..Ye memang ceria namun dalam hati Tuhan je yang tahu. Aku masuk di dalam Musolla aku berteleku di situ aku menangis sepuas hatiku, aku tak tahu kenapa aku jadi begitu tiba2 sayu hati dan teringatkan sinarku...aku keseorangan mengasingkan diri, sepuas-puasnya aku mengadu denganMu Ya Allah tengtang hatiku dan berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati, namun dicelah2 itu aku masih mengharap agar tuhan memberiku peluang apa yang ku impikan itu. Aku tidak putus asa dengan matlamatku...

Esok sepatutnya aku gembira..gembira untuk menghadiri reheasel konvokesyenku di UKM. Namun semangat aku entah kemana...nak ikutkan hati nak sahaja aku terus tenangkan fikiranku di KL.....tapi aku ada tugas yang lebih penting di Muar esok, aku akan bergegas balik dan pastikan aku sampai di Muar sebelum jam 3.00 petang dan pasti dah sampai di Muar Trade hotel untuk program staff wanita Pejabat Perpaduan. Aku tiada mood nak ceramah tiada mood untuk memperjuangkan tugasku sebagai pendakwah kerana sebelum ini semangat yang aku bekalkan adalah daripada dia dari sinarku...sekarang?....masa akan datang?.....

p/s: Kekuatan TUAH letak di dimana?..di keris ye kah?..Tapi SHALINA.. kekuatannya di mana plak ek....sinarnya telah hilang..hanya kegelapan yang ada...

"JUST FREIND 4 EVER"


Salammm semua...


Ntah kenapa aku hari ni rajin sangat nak menulis..erm..dah hobi kot ehehehe.. Lagipun inilah temanku yang setia mendengar segala isi hatiku.. Ermm...mesti tengtang sinarku lagi kan..yes...pandai..kalau korang jemu tajah baca..eleh..tapi gerenti korang baca gak kan..ahahaha...


Erm..walaupun kami sudah setlekan ape yang lum disetlekan tentang hubungan kami..alhamdulillah...Allah memberikanku ruang walaupun aku tahu ianya akan memakan hatiku sendiri. Tidak mengapalah demi cintaku kepada sinarku..aku sanggup korbankan segala asalkan tidak melanggar syariatMu.


"JUST FREIND 4 EVER" Ya..itulah keputusan kami telah lakukan. walaupun agak sukar untuk aku terima tetapi atas permintaanmu aku turutkan. Dalam hatiku sebenarnya berkata-kata dengan beribu-ribu kali jangan diputuskan perhubungan yang telah dibina ini, aku mahu kau sentiasa dihatiku. Tapi apakan daya dia tidak boleh kumiliki sesenang hati. Aku pendamkan sahaja.




Tetapi aku ade juga tenang seketika dengan jawapan yang jujur diberikan kepadaku. Soalan itu tidak pernah aku bertanyakan kepada lelaki sebelum ini ntah kenapa dengan rasa ingin tahu dan kepastian yang teramat sangat aku memberanikan diri tentang cintanya kepadaku. Sudah ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan cuma dia pendamkan dalam dasar hatinya selama ini kerana dia takot akan berlaku sebegini. Ya..memang sudah berlaku pun.


Aku berterima kasih Ya Allah walaupun KAU tidak memberikan aku ruang untuk dimiliki secara sah antara aku dengan sinarku tapi dengan jawapan jujurnya itu ada tersimpan perasaannya kepadaku. Aku mengerti keadaan yang tersepit antara cinta dan ibu..aku faham keadaannya..tapi itulah cinta kita yang tidak kesampaian disebabkan jarak dan waktu yang memisahkan kita dan menjadi penghalang utama. Aku sentiasa mengabdikan cinta ini untuk selamanya dihatiku walaupun ada pengganti mungkin satu hari nnti namun kau tetap di hatiku yang pernah menyinariku dulu.


air mataku tidak terhenti ketika berbicara dengan sinarku walaupun di alam sesawang namun...aku cuba mengikut kata2mu agar aku ditabahkan hati dan sabar di atas dugaan ini. sedikit pun aku tidak akan menyalahkan ibunya apatah lagi dia.. aku pasrah dengan ketentuanmu Ya Allah..


p/s: sinarku..terima kasih mengizinkan aku menyintaimu walaupun dikau akan dimiliki insan lain...


uwaaaaaaaa..............

"APAKAH SINARKU RASA APA YANG KURASA"

Salammm..

Aku bagaikan tiada mood untuk menaip coretan harianku ini. Walaupun tiada siapa yang membacanya tapi..inilah ruanganku yang kuluahkan dari hati ikhlasku. Aku dah dapat kepastian yang sebenar mengenai sinarku akan bertunang dengan pilihan ibunya. Walaupun sinarku mengatakan masih dalam proses mengenal dan belum membuat keptusan tapi dalam hatiku aku sudah menganggak..sinarku pasti akan memilih pilihan ibunya. Ibu mana yang taknak anak kesayangannya hidup dalam tidak bahagia. Mungkin itu adalah kebahagian yang dipilih berbanding dengan diri aku hanya sederhana tiada harta, pangkat, darjat apatah lagi kedudukan..tapi ibubapaku selalu berpesan hanya ilmu itu sahaja yang boleh mengecapi semua itu. Namun...aku baru nak bertapak, baru nak mengecepai kebahagiaan di Hari Konvokesyenku di UKM pada 17 Ogos ni (Isnin). Namun semua itu tidak membawa kegembiraan bagiku. Aku hilang semangat..aku hilang arah..Aku ingin berkongsi dengan sinarku tentang kehidupanku walaupun kehidupanku sederhana tapi itulah kemanisan yang aku nikmati sekarang hanya seketika.

Seharian aku memencilkan diriku di mejaku, semuanya tidak menentu. Ibuku juga perasan akan perubahan sikapku yang tidak makan dan tidak tido. Aku tidak tahu nak buat macam ne lagi dengan sinarku itu...adakah dia marah kepadaku...benci dengan sikapku ataupun adakah aku yang bertepuk sebelah tangan. Arghh.....sampai sakit diri aku.

Sinarku...kenapa kau tidak berterus terang sekiranya engkau ada pilihan sendiri. Kenapa nak seksakan diri sendiri demi kebahagian orang lain..Aku tidak kisah pilihanmu siapa walaupun aku bukan pilihanmu tetapi...izinkanlah hatimu dimiliki cinta dengan cinta yang sebanar lahir dari hati..Mungkin juga itu adalah sikapmu yang akan terima apa jua keputusan ibumu...sudah semestinya itu adalah kepuutsan yang terbaik bagimu.

Namun..dikesempatan ini..ayat azimat untukmu masihku ucapkan setiap selesai solat hajat. Aku sentiasa berdoa dan memohon agar aku diterima dan diberi peluang untuk bertakhta dihatimu diberi peluang menjadi ahli keluargamu. Aku hanya berserah kepada yang Esa. Usahaku tidak akan putus selagi hatiku segar dengan cintamu.

Ya Allah Ya Tuhanku...Berikanlah hambamu ini peluang dan kesempatan di dalam seumur hidupnya agar dikurniakan nikmat yang tidak terhingga dengan keluarga yang tercinta bersama sinarku, Ya Allah...kau tunjukkanlah jalan yang mudah bagi kami untuk disatukan sekiranya itu adalah yang terbaik bagi kami, kau bukakanlah jalan dan permudahkanlah jodoh kami sekiranya dia adalah yang terbaik bagiku..Aku yakin Ya Allah dia adalah terbaik bagiku yang boleh meminpinku serta keluargaku ke arah syurgaMu yang hakiki...KAU kabulkanlah Ya Allah permintaan hambamu ini.......Amin Ya Robbal Alamin..

p/s: Wahai sinarku...engkau tetap di hatiku yang anggap sinar sentiasa menyinari hidupku walaupun hatiku sekarang disakiti.

"AKU AKAN KEHILANGAN SINARKU"



Hati aku patah lagi...Ya Allah...kenapa aku yang diletakkan dugaan seberat ini..Hati aku dah tak tertanggung dengan dugaan hati yang kau berikan kepadaku. Apakah tidak ada peluang bagi aku untuk menyintai insan yang terbaik disampingMu Ya Allah...Aku tak sekuat dia Ya Allah..

Ya Allah...macam ne aku nak hadapi semua ni sedangkan harti aku begitu kuat mencintainya semata-mata kerana Mu Ya Allah. Aku seharian solat hajat, sedekahkan roh dia dengan Al-Fatihah agar dibukan hatinya menerimaku dan cintaku. Tetapi kenapa disebaliknya Ya Allah keputusan yang ku terima. Aku tidak tahang menahan sebak dan hancurnya hatiku ini untuk mengetahui apakah lagi khabaran pertunangannya. Kenapa dia begitu baik melayanku adakah dia sememangnya begitu...melayan wanita yang sesuka hati dia. Ya Allah...aku kelu untuk berkata apa2 setelah aku mendapat tahu sinarku hendak bertunang dengan pilihan ibunya. Aku sedar aku hanya insan sederhana..bukan keluarga berada..tapi aku kaya dengan hati.

Ya Allah...sungguh berat aku hendak menerima takdir ini. Kenapa sinarku tidak memberi tahu kepada ku tentang ini. Nasib begitu baik aku mendapat khabar berita daripada rakan rapatnya. Aku menangis sepuas-puasnya hanya sinarku itu aku jadikan sebagai insprasiku untuk memperjuangkan agamaku. Aku kehilangan arah.. Wahai sinarku...adakah kau mengerti perasaanku ini betapa cintanya dan sayangnya aku kepadamu. Tetapi kenapa kau tidak berterus terang lebih awal tentang hubunganmu dengan sidia. Aku rasa bagai nak mati..nak mati!!!..

Kenapa disaat aku hendak gembira, disaat kita baru nak berbaik semula, keserasian baru hendak berputik...saling memahami...Allah bagi dugaan yang seberat ini? Kenapa?...Kenapa?... Kenapa aku lagi...Ya Allah..aku sangat menyintainya semata2 keranaMu Ya Allah..Aku cintakan sinarku kerna dia seorang yang soleh yang boleh memimpin aku ke arah syurgaMu..Tetapi kenapa peluang itu tidak diberikan kepadaku..Aku ingin menjadi suri teman hidupnya..menjadi penaung payung kebahagiaanya..ibu kepada zuriat2nya..Kenapa ENGKAU tidak mimilihku Ya Allah...Apa dosaku padaMu..

Ya Allah..Hatiku tetap hanya kepada sinarku..sukar bagiku untuk lupakannya. walaupun silaturrahim ku dengan sinarku tidak memandang wajah mendengar suara..namun... itulah cintaku yang suci yang ku ingin taburkan kepadamu. Tetapi sekirannya itu adalah pilihan ibumu dan kau menyintainya..aku pasrah walaupun aku berduka...wahai sinarku...aku ingin engkau tahu...hatiku yang ikhlas ini hanya tercipta untukmu..aku tidak akan melupakanmu sinarku..

p/s: sinarku...kau ibarat cahaya dalam hidupku. Ya nurun shams....Ya Allah..masih adakah kesempatan dan peluang untuk dia memilihku?...