Rabu, September 23, 2009
Ape citer raye tahun nih?...
Dicatat oleh inotcute di 9/23/2009 11:38:00 PTG 0 ulasan
Ahad, September 20, 2009
Yea Yea...Sok Hari Raye....Yahoo...
Assalamualaikum... yea yea..sok hari raye...erm..seronok ye sok kan...pagi2 bangun tak sabo2 nak pakai baju baru, nak pakai tudung baru...nak bergaya la senang kata...tapi itu hanya masa kecik2 dulu la kan..sekarang dah dewasa lain plak cara ye kan...
Dicatat oleh inotcute di 9/20/2009 12:02:00 PG 0 ulasan
Khamis, September 17, 2009
Balik kampung...Oooo...balik kampung....
Dicatat oleh inotcute di 9/17/2009 03:17:00 PTG 0 ulasan
Selasa, September 15, 2009
Hari nih penat nyeeeeeeeeee....
Ana pun tak tau la ni wat ape...psikiatri kot..
Bahasa saintifiknya kot tuh...
Orang kuat dalam pengakutan barang sebelum bergerak ke destinasi..terima kasih banyak2.
Mengankut barang cenderhati kepada pesakit dengan van dakwah bukan van mayat tau.
Erm...memang penat laaaaa hari nih macam nak minum air jek, tapi apakan daya sabar jelaaaa..dugaan semua tuh..sok lagi penat beb...semua wad kene pergi lagi sebab esoklah hari pelancarannya..adusss....tak taula macam ne nanti jangan pengsan sudah...tak pasal2 masuk hospital nak raya2 nih...
Sebenarnya ada cerita lagi tapi tak larat nak citer semua..kita tunggu esok apa lagi cerita ek..
Dicatat oleh inotcute di 9/15/2009 10:03:00 PTG 0 ulasan
Isnin, September 14, 2009
Mereka yang memerlukan....
Pusat Rawatan Haemodialysis Hospital Daerah Ledang
Cendermata daripada MAINJ Ledang.
Eh!! Sibuk Cik Shalina ni...ihihihihi...
PTA Ledang menyampaikan cenderhati kepada pesakit Haemodialysis.
Alhamdulillah....hari ni ada juga amalan jariah yang aku buat bersama-sama rakan yang lain. Tuh semua gambar tuh berada di Hospital Tangkak..(Ledang). Pagi tadi ada satu program yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Unit Dakwah Bil Hal Daerah Ledang bersama PTA (Pegawai Tadbir Agama) menyerahkan sumbangan yang tidak seberapa lah...adalah juga kan sikit yang diberi daripada JAIJ & MAINJ.
Semua pesakit satu hospital itu telah menerima sumbangan tersebut di mana mendapat sedikit kuih muih dan juga wang tunai bernilai RM** .......tak payahlah bagitau ek...tuh semua duit daripada zakat orang ramai diberikan kepada asnaf yang terlibat iaitu kepada pesakit...
Tapi kan, ada juga yang merungut tuh. yelaaa...kita akan bagi wang tunai tuh kepada yang muslim jek malah yang non muslim tuh hanya dapat beg kertas MAINJ yang berisi kuih muih sajalah..tapi itulah adalah seorang hamba Allah non Muslim nih boleh taye kat sister tuh..." aiiya...kami orang **** tak dapat duit arrr"..ermmm dalam hati aku berkata " nak duit masuklah islam dulu"...Gitulah gamaknya bangsa2 kita nih...dah duit tuh bukan hak dia nak wat macam ne kan...
Apa2 pun program nih berlangsung di pusat rawatan heamodialysis sahaja kerana mengabil langkah berjaga-jaga daripada wabak H1N1. Erm...sok lusa ada plak sumbangan hari raya kepada pesakit di daerah Muar..Nak tahu apa citer, tunggguuuuuuu............................
k.la babai..nak rehat jap. Penat wooo....
p/s: Bersyukurlah kita dikurniakan kesihatan yang secukupnya untuk beribadah bukan untuk kemungkaran.
Dicatat oleh inotcute di 9/14/2009 01:25:00 PTG 1 ulasan
Sabtu, September 12, 2009
Sepi...Dugaan...
Assalamualaikum w.r.t...
Malam ini sungguh sepi bagi aku..aku diamkan diri tandaku amarah. Tapi dalam masa yang sama aku amat merinduinya...Bukan ku ego bukan keras hati, namun...dengan siapa lagi aku hendak berkongsi mengenai hidupku yang sering kita bualkan bersama.
Bagaimana aku hendak kuluahkan perasaan sepiku ini sedangkan inspirasiku itu tiada di dunia ini...Yang kucinta hanyalah lakonan sematanya..wajah palsunya..Memang benar aku sudah terlanjur mencintai wajah itu...tapi aku tahu batas2annya dan tidak mungkin dia serupa dengan sinarku dahulu. Dengan hati yang luluh aku kuatkan semangat walhal hanya DIA yang mengetahui betapa sedihnya dan sepinya sekeping hati ini. Dimana aku hendak mencari sinarku itu...pada yang dulu?...tak mungkin...kerna dia bukan sinarku yang kupuja...dia bukan sumber inspirasiku...
Aku hilang arah..aku hilang semangat yang kau selalu berikan kepadaku untuk meneruskan hidup..dengan siapa lagi sekarang yang sudi menemaniku?...Jawablah...Katakanlah..
Sebak dadaku mengenangkan apa yang telah tersurat kepadaku..Bukan dugaan ini sahaja yang menimpaku..aku juga gagal dalam peperiksaan perjawatanku..Hampa hatiku yang teramat sangat. Dimanakah silapku...kenapa ini sekali lagi terjadi kepadaku...
Berat kepala aku memikirkannya rasa bagai nak ku lemparkan ia di lautan..namun, aku pasti aku akan mengutipnya semula kerna itulah cinta sejatiku yang telah dipermainkan...Bagaimana hari yang mendatang kelak, bagaimana harus aku meneruskannya tanpa semangat dari sinarku.. bagaimana?...
Semua persoalan ini tidak terjawab olehku..biarlah kurasainya sendiri kerna aku ikhlas mencintaimu namun...balasan cintaku ini sememangnya tidak akan dibalas oleh sinarku kerna ianya hanya lakonan semata.
p/s: Rindunya pada sinarku...dimana aku hendak mencarinya...
Dicatat oleh inotcute di 9/12/2009 12:48:00 PG 0 ulasan
Jumaat, September 11, 2009
Apa salahnya sesekali berbelanja kan....
Dicatat oleh inotcute di 9/11/2009 09:16:00 PG 0 ulasan
Rabu, September 09, 2009
Tadarus....Khatam al-Quran...
Dicatat oleh inotcute di 9/09/2009 09:56:00 PTG 0 ulasan
Selasa, September 08, 2009
'Part 2..pasal anjing lagi..'
salam...
Ermm..berbalik semula tentang citer aku dikejar anjing..begini citernya...
Alkisahnya....
Pada bulan puasa sekitar tahun 2003 lah seingat aku, masa tuh tahun akhir di KUSZA. Kononnya aku nih nak wat lah amalan banyak2 sikit nak jadi rajin lah sangat2. Aku dengan 3 orang rakan sekelasku tekad nak pergi sembahyang terawih kat Masjid Kusza tuh..Jauh la juga kalau jalan kaki dari blog aspuri tuh.
Aku teringin sangat nak sembahyang terawih kat masjid tuh sebab suasananya meriah la sikitkan.... ramai orang...bersemangatlah aku nak solat cewahhh...selalunya lepas tamat solat terawih dalam sekitar 1015 malam lah..lepas tuh adalah sedikit tazkirah dari ustaz mana entah. Yang penting aku suka dengar tazkirah tuh..tambahlah ilmu sikitkan..walaupun aku sedar waktu tazkirah tuh adalah waktu yang agak lewat untuk pulang ke asramaku..namun aku dengan kawan2ku tekad untuk habiskan mendengar tazkirah.
Almaklumlah...asramaku dengan masjid tuh jauh , kami berjalan kaki untuk kesana dengan berpakaian telekung balik malam2 jalan di tengah2 padang dan jalan yang hanya diterangi cahaya lampu jalan sahaja...dah macam hantu dah..ihihihiihihi...
Entah macam ne satu malam tuh..dah nak kene agaknya. Selepas solat terawih & tazkirah kami bertiga pulanglah ke asrama dengan riangnya..entah macam ne agaknya tiba2 aku bertiga terdiam dan terhenti langkah seketika...ada beberapa ekor anjing yang agak besar saiznya sedang memerhati kami dari tadi...alamak!!!!...nape ni? ada hutang ker?...ihihihihihi..
Aku dengan rakanku melangkah dengan berhati-hati walaupun sudah dengar salakan kecil dari beberapa ekor tersebut. Dalam hati hanya tuhan saje yang tahu..betapa takotnya aku..lutut dah menggeletar nih..tapi kuatkan semangat juga..aku siap berpesan dengan rakanku " jangan lari tau, nanti dia kejar..." cewahhh pesanan penaja tuh.
Nak tahu apa yang terjadi?...aku terkejut rupa-rupanya sudah ada 3 ekor anjing disekelilingku berjalan beriringan denganku dengan pandangan yang tajam..aku apa lagi...lari dengan pecutnya sambil mengangkat kain telekungku dan sambil menjerit..tolongggg...
Ya Allah...dah tak ingat apa dah..lantaklah ada pelajar muslim ke sape ke janji aku selamat..longkang yang sebesar sedepa tuh pun dengan ajaibnya aku boleh melangkah padahal aku ni punyalah gayat orangnya nak langkah longkang yang besar2 nih..kawan2ku pun dengan sepontannya ikut aku berlari dengan lintang pukang...ish..tak dapat bayangkan berlari ditengah2 padang bola...ya Allah kelakarnya...
Kepenatan aku berlari, aku dengan rakanku berhenti bila sudah hampir dengan sempadan aspuriku. Tiba2 rakanku gelakkan aku..dah kenapa lak diorang nih gelak2kan aku...erm...rupa2nya selipar merahku hilang sebelah tanpa kusedari telah terputus di tengah2 padang bola. Adussss...macam nih...ermmm baliklah aku ke bilik dengan gelak tawa yang mencuit hati. Yang tak tahan tuh..aku yang pesan dengan kawan2ku supaya jangan lari, tapi aku dulu yang cabut lari..ehehehehe
Erm..nak tau apa jadi soknya?...
Kawanku tanyalah pada muslimin sekelasku ada tak terjumpa selipar merah di tengah2 padang bola, sebab muslimin sekelasku waktu bulan pose pun mereka main bola sepak di padang tuh.. rupanya selipar merahku memang ada dipadang dan menjadi tanda tanya kepada mereka selipar merah sapelah yang tertinggal sebelah nih...aku dengan rakan2ku merahsiakannya supaya taknak malu dengan apa yang berlaku malam semalamnya...
Kalau diingatkan memanglah gelak sakan..tapi tuh hanyalah kenangan belaka.....
p/s: Kung..kung...kung..aiiii bunyi yang aku amat geruni..
Dicatat oleh inotcute di 9/08/2009 02:56:00 PTG 0 ulasan
Isnin, September 07, 2009
Lahirlah seorang lagi ke dunia...
Dicatat oleh inotcute di 9/07/2009 10:07:00 PTG 0 ulasan
"Nostalgia Aku Mengaji"
Assalamualaikum...
Pagi2 tadi masa dalam kete aku nak pergi kerja aku dengarlah kejap chanel radio HotFm..panas..saje2 tukar selera. Aku tertarik dengan tajuk yang aku dengar oleh DJ Radio tadi iaitu " Nostalgia Aku Mengaji".Aku teruslah teringatkan kenangan aku dulu masa umur 5-6 tahun aku mengaji.
Alkisah...
Memang kelakar betullah..dulu masa aku kecik2 aku memang suka pakai tudung. Habis tudung mak aku, aku karo ( bahasa jawa= pakai ). Aku belajar ngaji kat rumah seorang tuh nama dia 'Wak Bejo' Allahyarham dah... Aku selalu gi mengaji dalam pukul 5 petang hingga 7.00 malam. Dia seorang yang cacat kakinya tak boleh berdiri, dia kalau nak ke mana2 dia naik basikal roda tiga. Dia baik sangat orangnya kiranya orang alim jugak lah dia nih. Semua orang kampung aku kenal sangat la sape tuh 'Wak Bejo'.
Dia gelarkan aku 'ireng' (bahasa jawa=hitam) sebab..dulu aku masa kecik2 kulit aku agak gelaplah ahahahaha...sekarang dah putih cun lagi uhuhuhu...tak caya?..tengoklah pic tuh...putihkan...ok2 sambung balik citer tadi. Aku selalunya pergi ke rumah wak bejo tuh naik basikal dengan abg aku yang kedua naik basikal besar lak tuh..abg aku dia panggil plak 'Pak itam' ahahah...macam2 gelaran dia bagi...
Nak dikatakan aku dengan abg aku adalah pelajar dia yang paling disayangi..dia suka sangat suruh aku sikat janggut dia pakai sikat coklat tuh. Janggut dia dahlah putih panjang..geli juga aku kadang2 yelah...masa tuh aku kecik lagi apa yang aku tahu.. dah siap gosok janggut dia amek tangan aku plak gosok kat janggut dia..ahahahaha...cepat2 aku tarik tangan aku...dia gelakkan jek..
Aku adalah pelajar yang paling lewat sekali disuruh baca quran sebab dia nak ajar aku betul2. Tuh tandanya dia sayangkan aku kan..nak aku pandaikan...Kan..kan..abg aku plak dia selalu suruh gi beli beras dengan gula dengan pulut hitam sementara abg aku tunggu giliran mengaji..ahahaha..aku selalu ejek abang aku...cian dia...
Kalau dah tiba nak maghrib tuh kan, aku siap janji dengan kawan aku lagi iaitu Ani...ermmm jiran aku tuh. " eh Ani, nanti kita nak pakai tudung waner apa ek?..merah tau.." Itulah selaunya aku janji dengan kawan2 aku. Punyalah semangat nak gi mengaji tuh..
Ada satu kisahlah sampai sekarang aku agak fobia juga kalau nampak binatang nih. Ada satu hari tuh..masa aku nak balik rumah..aku dengan abg aku tak bawak basikal sajelah hari tuh nak jalan kaki..nak tau apa jadi...aku nampak seekor anjing hitam..memng hitam betullah.. aku nak lalu tempat jalan biasaku itu..tiba2 anjing hitam tuh plak boleh diri kat jalan tuh..aduss..tunggu mangsa ke anjing nih..aku dah takot2 dah..abang aku plak belakang jauh lagi sebab aku nih suka tinggalkan abang aku ehehehehe....
Entah macam ne agaknya..aku nih bolehlah menggatal amek batu acah2 kat dia kononnya nak halau lah..rupanya...dia nyalak2 kat aku..aku ape lagi lari lintang pukanglah macam kene orang histeria sambil teriak.."Maaaaakkkkkkkkkkkkk tolooooonnnggggggggggggg!!!!!!..." Adusss..semua orang toleh ke arahku apa sudah berlaku dengan budak kecik nih...
Ahahaahaha...abang aku ketawakan dari jauh..tuh laa..nak sangat tinggalkan orang..nasib baik ada seorang cina tuh halau anjing tuh sebab anjing tuh memang betul2 kejar aku...aku sambil nangis teresak-esak menggigil-gigil ketakutan...sampai sekarang ni kalau aku nampak anjing hitam memanglah aku takot sangat2.
Itulah kenangan aku pergi mengaji..tak lama kemudian wak bejo meninggal dunia pada bulan puasa plak tuh..semoga Allah tempatkannya kepada orang2 yang beriman di sisinya. Amin... Lepas tuh ibuku pula yang mengajar aku ngaji quran..sampailah aku khatam...
Sampai sekarang ni kadang2 bila aku dengan abang aku teringat akan kenangan ni ade juga abang aku panggil aku ireng..ihihihihihi......
Ade lagi citer pasal anjing nih dalam bulan Ramadhan tahun 2003 di Masjid Kusza..nak tahu tunggu kutuliskan di part seterusnya k...
p/s: Kalau jumpa anjing jangan baling batu bacalah " Summum Bukmum Umyun Fahum la Yarjiuun..."
Dicatat oleh inotcute di 9/07/2009 11:00:00 PG 0 ulasan
Ahad, September 06, 2009
"Nuzul Quran VS Pelita"
Terdengarlah aku tadi di Buletin Utama pukul 8.00malam dengan sedikit info mengenai Nuzul Quran ini. Di mana menyarankan agar semarakkan lagi semangat membaca al-Quran. Diberikan contoh Negeri Terengganu pada tahun 2005 diadakan khatam al-Quran kanak-kanak tadika lebih 1000 orang di seluruh negeri itu. Tahniah lah walaupun ianya sudah berlalu 4 tahun yang lepas.
Tetapi kita sepatutnya mengambil iktibar dengan apa yang berlaku itu untuk dijadikan semangat di dalam diri kita terutama dalam mendidik anak-anak kita sendiri. Entah-entah ada dikalangan kita yang sudah dewasa ini masih belum khatam al-Quran lagi..eeeiiiii......malulah sikit cik akak... en.abang...makcik..pakcik...yang masih belum khatam al-Quran lagi...anak-anak kecil kita zaman sekarang lagi cerdik daripada kita tau....
Apa yang berlaku pada umat islam sekarang terbalik pulak. Apa tak nye..dikatakan malam 17 Ramadhan ini adalah malam 7 lekor untuk kita pasang pelita di keliling rumah kita. Erm...bukan tak boleh...kalau kita menghidupkan amalan bulan Ramadhan ini dengan tadarus al-Quran takpe gak. Ni dok sibuk2 tak menyabo nak tunggu malam 7 lekor semata-mata nak pasang pelita kat keliling rumah.
Seronok tuh memanglah seronok tapi amalan2 tuh cukup ker?...Cuba2lah gi dengar ceramah kat masjid/surau mengenai nuzul quran nih..entah2 kita selama nih tak tahu apa2 apa dia tuh nuzul quran..bila anak tanya..." Tanyalah ustaz/ustazah kat sekolah adik tuh, mereka lagi tahu" patutke ibubapa bagi jawapan macam tuh...sekurang2nya ilmu tentang nuzul quran nih kita tahu sikit2 untuk kita berikan jawapan kepada anak2 kita. Taklah nampak sangat ketidakcerdikannya kan....ihihihhi jangan marah naaa...
Ermm...k lah..taknak celoteh panjang2 nanti ada yang marah..ehehehehe...
Whatever..semarakkanlah dalam kita ini dengan sentiasa membaca al-quran..
p/s: Tahniahlah kepada mereka yang bagi ceramah Nuzul Quran nanti...kita semaikan ilmu kepada masyarakat itulah saham kita di akhirat....InsyaAllah...
Dicatat oleh inotcute di 9/06/2009 08:21:00 PTG 0 ulasan
Sabtu, September 05, 2009
"Kisah Seorang Puteri"
Dicatat oleh inotcute di 9/05/2009 12:59:00 PTG 0 ulasan
Khamis, September 03, 2009
'Kelebihan membaca Al-Quran'
Dicatat oleh inotcute di 9/03/2009 09:57:00 PTG 0 ulasan
' Hati ini akan sepi'
Dicatat oleh inotcute di 9/03/2009 10:31:00 PG 0 ulasan
Selasa, September 01, 2009
"selamat hari merdeka"
Dicatat oleh inotcute di 9/01/2009 02:52:00 PTG 0 ulasan