BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Ogos 06, 2009

"HIDUPKAN MALAM NISFU SYAABAN"

Assalamualaikum semua kekawan...

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas pada hari ini tanggal 15 Nisfu Syaaban 1430H.

Ermm...macam ne hari ade yang berpuasa sunat tak? Kalau kita sedang membuatnya Alhamdulillah mana yang tidak tuh mungkin ada keuzurannya dan kita leh sambut Nisfu Syaaban pada tahun depan..Insyaalah..

Apa yang penting disini ialah bagaimanakah kita menyambutnya Nisfu Syaaban ini dengan penuh penghormatan. Kita imbas kembali apakah sejarah Nisfu Syaaban ni. Dari erti kata lain..Syaaban ni bermaksud bercerai..atau berpecah. Maksud ada macam2 dari beberapa ulamak. Ada yang mengatakan bahawa Bulan Rejab dan Bulan Ramadhan terpisahnya dengan adanya bulan Syaaban.

Bulan Syaaban ini juga ada peristiwanya sendiri contohnya... berlaku perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke arah Masjidil Haram di Mekah. selain daripada itu berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu berlaku pada hari Isnin hari kedua bulan Syaaban tahun ke 5 hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 orang tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: " Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertaqwa kepada Allah dan taat kepadaNya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit".

Dinyatakan oleh Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud : " Antara solat blima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam Nisfu Syaaban dan pada malam pertengahan Syaaban dan pada malam raya iaitu hari raya Aidilfitri & Aidiladha".

Jadi...sama2 la kita menghayati malam Nisfu Syaaban ini dan membuat amalan2 yang baik. lagipun ini adalah pintu gerbang untuk kita melangkah ke Bulan Ramadhan tidak lama lagi...

0 ulasan: