Selasa, Disember 01, 2009
PROGRAM SEMURNI KASIH 24.11.2009 di Air Hitam Bt.20
Dicatat oleh inotcute di 12/01/2009 07:58:00 PTG 0 ulasan
Rabu, November 18, 2009
Program Semurni Kasih 18.11.2009 - Di Panchor, Muar.
Sesi bergambar ramai-ramai bersama dengan pelajar anak angkat dari UPM.
Yang duduk dari kiri pakai baju biru topi biru: As-syeikh Hj. Ahmad Faisal bin Mohammed.
Baju oren: Pengarah JAIJ Y.BHG. Hj. A. Rahman
Baju coklat: Boss aku laaa...As-syeikh Hj. Dzulkafli bin mohamed
Yang lain aku tak kenal daaaaa.....orang2 MAINJ..
Baru sampai di rumah nenek yang cute td tuh
Dicatat oleh inotcute di 11/18/2009 09:28:00 PTG 0 ulasan
Ahad, November 01, 2009
Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009/1430
Salam...kekawanku semua..
Minta maafla sudah tidak lama melayari laman blogku yang tercinta ini...
Aper citer? Ha..nak cerita la ni sikitkan kemanaku menghilangkan diri sudah lama tidak menaip di ruangan ini. Sebenarnya banyak sebab kenapa aku mendiamkan diri. Pertamanya faktor aku begiru sibuk dengan urusan rumah dan ibuku yang baru sembuh dan ada perubahan sedikit...Alhamdulillah.. Almaklumlah...semasa ibuku sihat balik kerja terus jek buka tudung saji tetapi sejak kebelakangan ini keadaan ibuku yang tidak mengizinkan, balik sahaja dari kerja jam 5.00 petang aku terus menuju ke pasar membeli ape yang patut untuk dijamu malam nanti bersama keluargaku..
Faktor yang kedua mengapa aku sudah lama tidak menulis diruangan ini kerana begitu sibuk dengan kerjaku di opis yang melibatkan dengan pekerja2 baru..Ahlan Wasahlan Wa Marhaban bikum...Sibuk la menunjuk ajar mereka apa itu ini dalam tugas.
Faktor2 lain....ehehehe..dah macam malas nak menaip..tak dapek la den nak nolong ye..
Erm..sebenarnya tadi siang aku baru sahaja sampai di Muar kerana seminggu aku ditugaskan sebagai pengiring perserta untuk Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan 2009/1430 di PICC ( Putrajaya International Convention Centre ). Wah...best tuh kan...Erm..Penginapan di Empress Hotel di Sepang..Punyala jauh nak gi sana..sabar je laaa....Tapi syok juga tiap2 hari dapat tengok pilot2 Air Asia ketika waktu sarapan..ehehehe...cuci mata sekejap..mungkin hotel tuh ade join atau share dengan Air Asia kot...
Erm...Peserta dari negeriku kurang bernasib baiklah kerana tidak dapat menduduki tempat pertama tetapi Alhamdulillah dapatlah juga masuk ke peringkat final setelah diadakan saringan sebanyak 24 kumpulan di serata negeri pada minggu itu juga.
Tempat pertama dikebas oleh peserta dari negeri Sabah ( Kategori Moden ) & Sarawak (Kategori Tradisi). Tahniahlah untuk mereka...mereka membuat persembahan memanglah best...lagu pun sedap didengar. Tapi ada jugalah kumpulan nasyid yang siap berjoget tuh..dapat plak persembahan terbaik...erm..lagipun diorang katanya memang penyanyi dan juga penari di salah satu kementerian. So..tak hairanlah kalau diorang menangkan....Tak mengapalah..nampaknya tahun depan peserta yang hendak masuk mestilah pandai berjoget ahahahahaha.....ish..tuh bukan nasyid dah namanya..
Erm..oklah... penat laaa...almaklumlah dah lama tak menaip banyak2 nih...
Kita ketemu lagi di lain hari yaa!!!..
p/s: gi sana ingatkan nak jumpe la kawan chatingku yang paling akrab...rupenye masuk hospital plak..ape2 pun takziah la ye kakak Irish Irishah ku sayang...semoga cepat sembuh..
Dicatat oleh inotcute di 11/01/2009 12:49:00 PG 0 ulasan
Khamis, Oktober 08, 2009
SANA SINI OPEN HOUSE...
Cabut kejap dari tugas...gi beraya umah sebelah boss...
Dicatat oleh inotcute di 10/08/2009 09:17:00 PG 0 ulasan
Rabu, September 23, 2009
Ape citer raye tahun nih?...
Dicatat oleh inotcute di 9/23/2009 11:38:00 PTG 0 ulasan
Ahad, September 20, 2009
Yea Yea...Sok Hari Raye....Yahoo...
Assalamualaikum... yea yea..sok hari raye...erm..seronok ye sok kan...pagi2 bangun tak sabo2 nak pakai baju baru, nak pakai tudung baru...nak bergaya la senang kata...tapi itu hanya masa kecik2 dulu la kan..sekarang dah dewasa lain plak cara ye kan...
Dicatat oleh inotcute di 9/20/2009 12:02:00 PG 0 ulasan
Khamis, September 17, 2009
Balik kampung...Oooo...balik kampung....
Dicatat oleh inotcute di 9/17/2009 03:17:00 PTG 0 ulasan
Selasa, September 15, 2009
Hari nih penat nyeeeeeeeeee....
Ana pun tak tau la ni wat ape...psikiatri kot..
Bahasa saintifiknya kot tuh...
Orang kuat dalam pengakutan barang sebelum bergerak ke destinasi..terima kasih banyak2.
Mengankut barang cenderhati kepada pesakit dengan van dakwah bukan van mayat tau.
Erm...memang penat laaaaa hari nih macam nak minum air jek, tapi apakan daya sabar jelaaaa..dugaan semua tuh..sok lagi penat beb...semua wad kene pergi lagi sebab esoklah hari pelancarannya..adusss....tak taula macam ne nanti jangan pengsan sudah...tak pasal2 masuk hospital nak raya2 nih...
Sebenarnya ada cerita lagi tapi tak larat nak citer semua..kita tunggu esok apa lagi cerita ek..
Dicatat oleh inotcute di 9/15/2009 10:03:00 PTG 0 ulasan
Isnin, September 14, 2009
Mereka yang memerlukan....
Pusat Rawatan Haemodialysis Hospital Daerah Ledang
Cendermata daripada MAINJ Ledang.
Eh!! Sibuk Cik Shalina ni...ihihihihi...
PTA Ledang menyampaikan cenderhati kepada pesakit Haemodialysis.
Alhamdulillah....hari ni ada juga amalan jariah yang aku buat bersama-sama rakan yang lain. Tuh semua gambar tuh berada di Hospital Tangkak..(Ledang). Pagi tadi ada satu program yang dianjurkan oleh Bahagian Dakwah Unit Dakwah Bil Hal Daerah Ledang bersama PTA (Pegawai Tadbir Agama) menyerahkan sumbangan yang tidak seberapa lah...adalah juga kan sikit yang diberi daripada JAIJ & MAINJ.
Semua pesakit satu hospital itu telah menerima sumbangan tersebut di mana mendapat sedikit kuih muih dan juga wang tunai bernilai RM** .......tak payahlah bagitau ek...tuh semua duit daripada zakat orang ramai diberikan kepada asnaf yang terlibat iaitu kepada pesakit...
Tapi kan, ada juga yang merungut tuh. yelaaa...kita akan bagi wang tunai tuh kepada yang muslim jek malah yang non muslim tuh hanya dapat beg kertas MAINJ yang berisi kuih muih sajalah..tapi itulah adalah seorang hamba Allah non Muslim nih boleh taye kat sister tuh..." aiiya...kami orang **** tak dapat duit arrr"..ermmm dalam hati aku berkata " nak duit masuklah islam dulu"...Gitulah gamaknya bangsa2 kita nih...dah duit tuh bukan hak dia nak wat macam ne kan...
Apa2 pun program nih berlangsung di pusat rawatan heamodialysis sahaja kerana mengabil langkah berjaga-jaga daripada wabak H1N1. Erm...sok lusa ada plak sumbangan hari raya kepada pesakit di daerah Muar..Nak tahu apa citer, tunggguuuuuuu............................
k.la babai..nak rehat jap. Penat wooo....
p/s: Bersyukurlah kita dikurniakan kesihatan yang secukupnya untuk beribadah bukan untuk kemungkaran.
Dicatat oleh inotcute di 9/14/2009 01:25:00 PTG 1 ulasan