BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, September 09, 2009

Tadarus....Khatam al-Quran...

Antara qariah yang sedang bertadarus dan menyemak bacaan
Para peserta khusyuk dengan bacaan tadarus secara berkelompok mengikut Jabatan.
Assalamualaikum...
09.09.09 wahh....tarikh yang cantik tuh untuk dijadikan kenangan..
Melihat di Buletin Utama tadi di akhir segmen disediakan video perkahwinan bangsa Cina beramai-ramai sempena tarikh yang cantik itu...Itu kalau jatuh pada bulan bukan bulan puasa gerentilah orang Melayu pun sibuk menempah tarikh sebagai hari Walimah mereka..Ye takkk...
Tapi...pada hari ini Daerah Muar telah mengadakan Majlis Tadarus & Khatam al-Quran di Peringkat Daerah iaitu di Masjid Jamek Paya Panjang, Muar. Alhamdulillah majlis berjalan lancar denga jayanya...
Penat gak nih dari zohor sampai la ni lepas isyak baru sampai rumah...Ni taip pun mata macam dah nak tertutup je kan..tapi gagahkan jua demi minatku dengan penulisan. Apa yang berlaku di majlis ini masih ada lagi segelintir insan yang masih tergagap-gagap lagi untuk membaca ayat-ayat suci al-quran bila disuruh..erm...terketaq-ketaq tangan tuh mengaji..tuu laaa ni mesti jarang2 mengaji nih...ish2...
Tapi kan....adalah satu kejadian yang amat lucu aku lihat...ermm tapi mintak maaflah ek takleh citer semuanya disini kang kalau wat nya sidia terbaca blogku ini mati aku....dahlah dia tuh vvip.
Kelakarkan tengok orang tua bercinta..adusss....si vvip ni minat kat seorang ustazah (bukan akulah) tapi dah berkahwin mereka berdua nih...erm..macam ne tuh..
Aku pasti ustazah itu tahu pantang larangnya dan menjaga pergaulan dan batas2an so, aku tidak hairanlah kalau vvip nih minat kat ustazah nih yang mempunyai ilmu yang tinggi dan menarik bila menyampaikannya kepada sesiapa sahaja. Kerana beliau amat mahir dalam ilmu kekeluargaan...Erm..tapi yang wat aku tergelak tadi siap merenung dari jauh tuh dan berbalas-balas sms. Sampaikan ada salah seorang pegawai yang perasan akan tingkah laku vvip ni minat kepada ustazah tuh..Erm...Cinta orang berpengalaman ni lain pesen sikitkan...malu2.. ahahahaha...
Argh...biarlah mereka...tapi akulah tempat luahan hati si usatzah ni..cian dia..serba salah dibuatnya...kalau anak dara takpe gak macam aku nih mungkin boleh dipikirkan ahahaha..tapi dah berumahtangga...so?...jawablah sendiri..
Apapun..yang aku dapat..begitulah seorang wanita yang tinggi ilmunya dan teguh pegangannya dalam bidang agama, sesiapa sahaja akan terpesona dengan kecantikkan dalamannya...bukan rupa yang dilihat tapi ketulusan & kejernihan hati itu adalah kecantikkan wanita yang solehah...sesiapa sahaja akan inginkan wanita solehah sebegini..
so, kita ketemu lagi ya di lain lembaran..
p/s: Tata..titi...tutu...kisah cinta aku macam ne plak?..Ssshhh....diam2 jek.
'Rahsia hati tiada siapa yang tahu....'

0 ulasan: