BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, September 11, 2009

Apa salahnya sesekali berbelanja kan....

Lauk-pauk yang telah disediakan di Restoran Perkampungan Terapung Ikan Bakar, Umbai, Melaka Bandar Bersejarah.

Wahh...macam sedap je kan lauk-pauk kat gambar tuh kan...
ahahahaha...jangan sampai terliur pulak bila tengok tuh..jangan pandang lama2 tau...
Erm...semalam...10.09.09 lepas balik kije dengan tiada perancangan yang teratur aku dengan rakan2 se'opis'ku (Kak Manis, Jaja. & Azrin ) bercadang nak berbuka poselah diluar bersama-sama. Memandangkan minggu ini sajalah yang kami ada masa untuk bersama-sama meraikan bulan Ramadhan nih...Selalunya macam nih kami setiap tahun mesti berbukaa pose sama-sama...meriah sangat2. Lupa lah sekejap kekecewaan yang menimpa aku tuh...siap gelak2 jugalah aku...pandai sahabat2ku menceriakan hatiku yang telah hancur bagaikan retak seribu.
Kami sebenarnya sudah bercadang nak berbuka pose sama-sama pada hari Sabtu nanti...tapi masing2 ada hal yang tidak dapat dielakkan tuh yang wat planning secara mengejut tuh...Biasalah..buat aktiviti secara mengejut best juga kan...
Erm...semalam pun dah masuk gaji..apa lah salahnya kan berbelanja diorang ni di dalam bulan yang mulia nih...itu juga tanda aku bersyukur kepada Allah Taala kerana masih menyayangi aku dan memberikan aku petunjuk dan telah makbulkan segala apa yang minta selama ini..Syukur sangat2...apa salahnya tanda kita kita bersyukur sesekali kita menginfaqkan harta atau pendapatan kita kepada jalan yang halal. Betul tak...
Aku nih bukannya nak ceramah..kang boring plak..yela...sape yang suka dengar ceramah nih kan...tapi itu adalah sedikit info mengenai tanda kita bersyukur kepada Yang Maha Esa. Sebenarnya banyak lagi bende yang kita buat untuk kita mensyukuri nikmat Allah.
Ermm..semalam Alhamdulillah kenyang sangat2 dengan hidangan telor bungkus, sotong goreng tepung, sayur kailan ikan masin dan paling best ikan siakap 3 rasa dan tak lupa 1 jag air jus epal...Perghhh...sampai jilat jari..tapi lepas makan memang jilat jari punye laaaa....sunat kan...Ermm...aku lah yang paling banyak makan sekali habis ikan tuh aku ratah ye..ehehehehe..itulah aku..bila aku tension atau ada masalah aku akan makan banyak..ihihihihi...
Kawan2 cubalah "try" makan kat sana tuh..harga pun murahlah tak sampai 3 angka pun lauk kami tuh...boleh tahan jugalah masakannya..mana tak ye aku makan kat salah satu gerai " Juara Ikan Bakar". Tahniah la kepada tuan punye gerai tuh..
Apa2 pun....kekecawaan yang aku alami hanya hilang sementara jek...malam bila nak masuk beradu aku terkenangkan semua yang telah aku hadapi tuh...dan tak sangka perkara ini berlaku. Dengan tak sedar air mata aku menitis kerana aku memang akan sepi dan aku tidak akan jumpa lagi sinarku yang kupuja selalu yang menjadi inspirasi aku untuk memperjuangkan agamaMu. Kerana sinarku itu tidak wujud..biarlah aku simpan cinta ini dan mungkin sinar itu akan datang kepadaku dengan realitinya.
k..salam..ketemu lagi ya...
p/s: Bila bersyukur...sebutlah 'Alhamdulillah'...

0 ulasan: